MALAYSIA-SAUDIA: PENCAPAIAN BERSEJARAH TERBAHARU ISLAMICRUISE

Kerjasama Malaysia-Arab Saudi Diharap Membantu Menjana Lebih RM147.1
billion Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026
Kuala Lumpur: Perintis pelayaran persiaran Islamik di dunia, IslamiCruise International Sdn Bhd (IslamiCruise International), yakin akan menjana kemasukan 6,000 pelancong ke Malaysia menerusi pelayaran IslamiCruise Malaysia-Saudia menjelang Januari 2026.

Pelayaran dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia yang baharu ini adalah hasil kerjasama IslamiCruise bersama syarikat kapal pelayaran milik kerajaan Arab Saudi, Aroya Cruises.

Pengasas IslamiCruise International, Suhaimi Abd Ghafer, menjangkakan yang 70 peratus dari jumlah 6,000 penumpang itu akan terdiri dari pelancong asing, sejajar dengan hasrat Islami Cruise untuk membantu menarik lebih
ramai kedatangan pelancong asing ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. “Sebagai pemain industri pelancongan Islamik di Malaysia dan dunia, kami yakin yang keunikan dan keistimewaan kami akan mampu memasarkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang mesra-
Muslim kepada pelancong-pelancong dari Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah, serta pelancong-pelancong dari Eropah dan Asia Tenggara.” jelasnya lagi sewaktu Majlis Pelancaran Islami Cruise Malaysia-Saudia hari ini.


Majlis itu menyaksikan YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk melancarkan kerjasama bersejarah antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi ini. Kerjasama ini, yang telah ditandatangani pada 11 Ogos 2024, adalah kerjasama strategik kelima sejak IslamiCruise
merintis industri pelancongan Islamik dunia dengan konsep pelayaran persiaran Islamiknya 10 tahun dahulu. Sejak itu, IslamiCruise telah pun membawa lebih 10,000 pelanggan belayar dalam 52 siri pelayaran.


Pelayaran Malaysia-Saudia ini juga bersejarah kerana berjaya mencatat satu rekod yang unik dalam industri pelayaran persiaran dunia – satu perkhidmatan pelayaran pelancongan sewa khas terpanjang dunia dengan tempoh 26 malam berturut-turut.
YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kebanggaannya atas pencapaian IslamiCruise yang bermakna itu dan berharap yang ia akan membuka Tahun Melawat
Malaysia 2026 dengan baik.
“Pencapaian Islami Cruise ini turut mewakili hasrat kerajaan Madani untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan sepanjang 2026, di mana kita menyasarkan kemasukan
lebih 35.6 juta pengunjung yang diharap akan menjana lebih RM147.1 bilion untuk negara,”


Pelayaran Malaysia-Saudia akan menyaksikan para pelanggan berhenti di empat lokasi menarik – Salalah di Oman, Male di Maldives, serta Banda Acheh di Indonesia sepanjang perjalanannya antara Arab Saudi dan Malaysia. Ia telah disusun sebagai sebuah pengalaman halalan toyyiban unik dan
satu percutian rohani yang dipenuhi kegiatan-kegiatan mesra-Muslim seperti solat
berjemaah, acara-acara ilmiah, serta pengisian hiburan pelayaran persiaran seperti persembahan- persembahan langsung dan acara-acara riadah. Istimewa
–
Mengenai IslamiCruise International Sdn Bhd
IslamiCruise International Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada tahun 2014, merupakan pelayaran pertama yang diperakui Halal, mentakrifkan semula perjalanan mesra Muslim dengan keunikan tersendiri.
Direka khas untuk pelancong global, ia menawarkan pengalaman perjalanan yang memenuhi keperluan pengembara Muslim moden. Perkhidmatan ini menggabungkan hidangan diperakui Halal dan pengalaman sepenuhnya patuh syariah, termasuk ruang solat menghadap kiblat, kuliah agama,
dan aktiviti kerohanian.
Dengan lebih 50 pelayaran berjaya ke destinasi indah seperti Phuket (Thailand), Banda Aceh (Indonesia), Teluk Ha Long (Vietnam), dan Singapure. IslamiCruise telah menarik penyertaan dari lebih
15 negara, sekaligus menetapkan penanda aras global dalam pelancongan halal. Sebagai perintis dalam sektor ini, IslamiCruise menawarkan solusi unik yang menggabungkan pematuhan agama
bersama penerokaan dunia, memacu piawaian baharu dalam industri pelancongan kapal pelayaran serta industri pelancongan halal.