MANTAP FINALIS ADA SINGLE, PEMINAT JALAN KAN TUGAS JANGAN LUPA UNDI!

  • February 6, 2025
  • 3 min read
MANTAP FINALIS ADA SINGLE, PEMINAT JALAN KAN TUGAS JANGAN LUPA UNDI!


Episod separuh akhir CSOIAM sekali lagi membuktikan mengapa ia menjadi fenomena luar biasa!
Drama, kejutan, dan pertarungan vokal yang menggegarkan pentas Ahad lalu menjadikan separuh akhir ini paling mendebarkan! Lima peserta terbaik berentap habis-habisan demi merebut tempat ke pentas akhir CSOIAM, Ahad, 9 Februari 2025. Lebih mengujakan, jumlah penonton dan undian meningkat setiap minggu! Bukan itu sahaja, CSOIAM terus menjadi satu-satunya rancangan realiti
nyanyian yang berjaya trending di platform X selama tujuh minggu berturut-turut!

Apabila Calpis Soda One In A Million sudah memasuki minggu separuh akhir, apa yang mahu dilihat selain progres setiap peserta adalah sejauh mana program realiti ini mampu membantu ‘graduan’
mereka mencari arah dalam industri hiburan. Terbukti, program realiti ini tidak main-main apabila sudah para peserta yang menuju final pada minggu hadapan dengan bekalan single.

Zazzleen, Kai Deva, Jimi dan Marygrace masing-masing kini sudah boleh digelarkan sebagai pendatang baharu ; penyanyi pelapis yang akan mewarnai industri hiburan tempatan menerusi single
yang telah dibikin khas buat mereka.

Menepati piawaian Zazzleen, single berjudul Merah diberikan kepadanya sementara Kai Deva dalam acuan suaranya yang indah didengar diberi kesempatan
dengan single Mengejar Bintang.

Jimi sang penyanyi lelaki yang punya suara cukup enak didengar pula dihadiahkan single berjudul Tetap Berharap manakala Marygrace akan membuat salam kenal kepada penikmat muzik menerusi single Titik Mula. Ironi Jimi diselamatkan selepas pusingan battle bersama Maryam yang terpaksa
pulang tanpa sempat menjejakkan kaki ke pentas final. Namun Maryam sudah punya bekalan juga iaitu single berjudul Idola yang disiapkan untuknya.

Di sebalik mempamerkan kredibiliti masing-masing pada pentas final dengan lagu pilihan, inilah cabaran sebenar keempat-empat finalis ; memastikan single mereka didengar, diterima dan seterusnya
menjadi talian hayat paling baik buat Jimi, Zazleen, Kai Deva dan Marygrace kekal dalam industri hiburan. Dan di peringkat genting ini juga dengan tema Malam Terpaling Fizz, peranan peminat adalah yang paling penting.

Jika Calpis Soda One In A Million sudah menyediakan platform meraikan pendatang baharu dengan pelbagai latar belakang, generasi mahupun usia dan peserta sendiri telah melakukan sehabis baik
untuk memastikan mereka tidak tersingkir awal, maka peminat, tolong jalankan tugas anda.

Buat peminat, bantu bintang kesayangan anda sama ada Jimi, Zazleen, Kai Deva atau Marygrace mencapai impian mereka dengan menentukan undian sebanyak 40 peratus daripada 60 peratus undian daripada pihak juri. Inilah masanya anda membuktikan bahawa bukan sekadar sokongan atau
memberi pelbagai kritikan tetapi undian anda adalah jaminan masa depan mereka.

Sekarang, empat finalis mahu ke pentas final dengan bergaya bersama single masing-masing, mempersembahkan persembahan terakhir dan paling epik sebelum ada seorang juara membawa pulang hadiah bernilai RM1 juta — dan anda, yang mengundi adalah jambatan kepada kemenangan
itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *