Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Decathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan Negara

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

MBPJ Santuni Warga Kerja, Agih 2,050 Bakul Makanan Sempena Aidilfitri

Petaling Jaya, 17 Mac 2026 – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) terus menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan kakitangannya apabila menganjurkan Program Pemberian Bakul Makanan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Program yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kuarters Inai Merah itu telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.
Seramai 2,050 penerima terdiri daripada warga kerja MBPJ termasuk kakitangan tetap dan kontrak menerima sumbangan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.


Setiap bakul mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, bihun, gula, tepung, kordial dan kicap bagi membantu meringankan beban perbelanjaan.


Menurut MBPJ, program ini merupakan inisiatif kebajikan yang telah dilaksanakan sejak 2007 sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi warga kerja dalam memastikan kelancaran perkhidmatan kepada penduduk bandar raya.


Bagi tahun ini, MBPJ memperuntukkan sebanyak RM102,500 bagi menjayakan program berkenaan.
Usaha ini bukan sahaja membantu persiapan Aidilfitri, malah turut memperkukuh hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan warga kerja MBPJ.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *