MEEDC sasar pembukaan 222 pusat khidmat usahawan dan Grocer99 mart.com seluruh negara
SHAH ALAM, 29 Mei 2022 – Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC) menyasarkan pembukaan 222 pusat khidmat usahawan di setiap wilayah parlimen di seluruh negara termasuk pembinaan kedai serbaneka Grocer99 mart.com.
Fokus utama penubuhan Grocer99 mart adalah sebagai hub pengumpulan produk makanan frozen halal bumiputera islam serta membuka peluang baru kepada usahawan menaik taraf perniagaan dengan meluaskan lagi pasaran produk.
Presiden MEEDC, Tengku Adena Tengku Abdullah berkata, penubuhan Grocer99 mart adalah bukti bahawa ramai usahawan tempatan yang mampu menghasilkan produk yang setanding dengan jenama berkualiti yang lain.
“Dalam masa yang sama, usahawan tempatan dapat mengembangkan produk makanan berasaskan pertanian dan perikanan kepada pengeluaran produk halal supaya dapat meneroka pasaran tempatan dan antarabangsa.
“Konsep dan idea penubuhan projek ini diilhamkan oleh Penasihat Eksekutif MEEDC, Datuk Seri Ahmad Khusairi Bani Hashim Al-Haj, dengan penubuhan cawangan yang pertama di Seksyen 22, Shah Alam. Melalui program ini, usahawan yang terlibat akan dibimbing sehingga mereka mampu membina legasi perniagaan yang boleh diwarisi.
Jelasnya, MEEDC juga ditubuhkan sebagai pusat pemantauan, perancangan, pembangunan perniagaan dan keusahawanan nasional ke peringkat antarabangsa.
“Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Islam dibawah projek Grocer99 Mart.com bakal membuka peluang kepada lebih banyak IKS untuk terus maju kehadapan membina idea dan perniagaan yang lebih berdaya saing.
“Dengan menggunakan slogan ‘Halal Itu Wajib, membuktikan kesungguhan MEEDC dalam program Grocer99 Mart.com dalam membawa jenama ke peringkat yang lebih tinggi di Bursa Malaysia@IPO. Turut hadir, Y.A.M Tengku Puteri Dato’ Sri Hjh Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj merupakan penaung Kehormat Diraja MEEDC Malaysia merasmikan pembukaan Grocer99 Mart dengan jayanya. – UTV Media Msia