Kerajaan Negeri Selangor anjur pertandingan seni bela diri gabungan seni silat, taekwon-Do & Silambam pertama kali di Malaysia

  • May 29, 2022
  • 2 min read
Kerajaan Negeri Selangor anjur pertandingan seni bela diri gabungan seni silat, taekwon-Do & Silambam pertama kali di Malaysia

SHAH ALAM, 29 Mei 2022 – Hari yang bersejarah di Negeri Selangor pada hari ini kerana julung kalinya menganjurkan Selangor Martial Art Xtiv Championship 2022 gabungan seni pertahankan diri tiga bangsa utama di Malaysia iaitu, seni silat, taekwon-Do dan silambam.

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada warga Selangor serta dihadiri oleh gabungan pelbagai persatuan seperti Persatuan Gerak Penchak Gayarasa, Persekutuan Taekwon-Do Malaysia dan Persatuan Silambam Malaysia yang mengimpunkan penyertaan sebanyak 1,500 orang.

YB Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor berkata, “Kerajaan Negeri komited untuk memupuk minat dan menggalakkan penglibatan belia secara aktif untuk mengangkat dan memartabatkan seni bela diri.

“Program ini mampu menjadi platform yang terbaik untuk mempamerkan seni bela diri serta mengasah bakat-bakat baru dalam kalangan peserta.

“Platform ini juga menjadi medan untuk Kerajaan Negeri mendekati persatuan-persatuan dan pertubuhan-pertubuhan seni bela diri yang mempunyai pelbagai aliran serta tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan sukan dalam seni bela diri. Ada yang datang jauh dari negeri Melaka dan Johor, demi perpaduan kekuatan seni pertahanan diri.

“Program ini menghimpunkan individu dan persatuan yang terdiri daripada pengamal, pengajar, dan pelajar seni mempertahankan diri yang terdiri daripada seni silat, taekwon-Do dan silambam.

Naib Presiden, Malaysia Global Taekwon-Do Federation (MGTF), Dato’ Clement Toh berkata, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana diberika jemputan oleh Kerajaan Selangor.

Disamping itu, program ini juga memberikan peluang baik untuk mengaktifkan semula sukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana Covid-19s serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan bangsa di Malaysia

Presiden Persatuan Silambam Malaysia, A.N.Visva PPN berkata, pihak kami merakam ribuan terima kasih kepada Kerajaan Selangor dalam menganjurkan yang pertama kali di Malaysia.

“Selalunya program seni bela (Seni silat, Taekwon-Do & Silambam) dibuat secara asing, namun ini pertama kali saya lihat penganjuran gabungan ketiga-tiga seni bela diri yang diuruskan oleh Kerajaan Selangor.

Program Selangor Martial Art Xtiv Championship 2022 ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 29 Mei 2022, bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang ini juga menyelitkan pelbagai aktiviti menarik seperti Silat Seni Tempur dan Tari Sembah, Taekwon-Do Sparring Championship, Silambam Combat & Free Style, Demo Pertunjukan Seni Bela Diri, Senamrobik Bersam Zafina Fitness, persembahan band jemputan dan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk pengunjung yang hadir. -UTV Media Msia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *