Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Decathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan Negara

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

NGO Islam & India Duduk Semeja, Cari Titik Pendamaian Dalam Semangat Harmoni MADANI

PUTRAJAYA – Dalam usaha merapatkan jurang dan memperkukuh perpaduan, wakil NGO Islam dan komuniti India buat pertama kalinya dipertemukan dalam satu mesyuarat khas menerusi program Harmoni MADANI.

Pertemuan yang berlangsung hampir empat jam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menjadi platform penting untuk kedua-dua pihak berbincang secara terbuka, mencari titik persefahaman serta meredakan sebarang ketegangan yang timbul sebelum ini.


Program ini dilihat sebagai langkah proaktif ke arah membina jambatan dialog antara kaum, dengan fokus kepada persefahaman budaya, sensitiviti agama dan semangat saling menghormati.
Usaha ini juga mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh keharmonian masyarakat majmuk di negara ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.


📸 Foto: UTV Media Malaysia

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *