FELDA, Terengganu Meterai Perjanjian Selesai Isu Pemilikan Ladang

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2026 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kerajaan Negeri Terengganu berjaya mencapai kata sepakat apabila memeterai perjanjian penyelesaian berkaitan status pemilikan ladang komersial di enam daerah di negeri itu.


Perjanjian yang melibatkan Besut, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Kemaman ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkemas isu pemilikan tanah yang telah berlarutan sekian lama.


Menurut FELDA, penyelesaian tersebut merupakan kesinambungan kepada kerjasama antara kedua-dua pihak sejak 1969, berasaskan Perjanjian Rancangan Kemajuan Tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.


Langkah itu dijangka memberi impak positif kepada komuniti FELDA melalui peningkatan ekonomi serta menyokong pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat.


FELDA turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan sebagai pemudah cara utama, selain Kerajaan Negeri Terengganu dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perjanjian berkenaan.


Kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu juga mencerminkan kecekapan tadbir urus dalam memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *