Norras Travel & Tour Sdn Bhd Lancar Trip Debut ke Aceh Bersama Duta Cilik, Lovena Love

  • April 20, 2025
  • 3 min read
Norras Travel & Tour Sdn Bhd Lancar Trip Debut ke Aceh Bersama Duta Cilik, Lovena Love

Penulis : En Ali

KUALA LUMPUR, Hotel Barakah – 20 April 2025 – Suasana majlis rumah terbuka Koperasi Norras Berhad bertambah meriah apabila pelancaran rasmi Norras Travel & Tour  Sdn Bhd disambut dengan penuh keterujaan. Majlis yang turut memperkenalkan Duta Cilik Norras Travel, Adik Lovena Azzahr Putri Aulya berumur 6 tahun yang diterbangkan khas dari Bandung, Indonesia. Gayanya mencuri tumpuan hadirin ketika berjalan ‘Catwalk’ diiringi lagu pop ‘Lagi Syantik’ . Dalam masa yang sama pengumuman diumumkan perjalanan trip sulung ke Aceh yang bakal berlangsung pada 24 hingga 27 April ini mendapat sambutan tetamu yang hadir.

Lovena love, yang aktif di TikTok di bawah nama Lovena Love, akan menjadi wajah utama dalam kempen promosi destinasi menarik anjuran Norras Travel, termasuk aktiviti eksklusif seperti berenang bersama dolphin dan snorkeling di laut biru Aceh yang kini jauh lebih jernih selepas tragedi tsunami.

Datin Ras bersama Duta cilik Lovina love
Tetamu khas jemputan Datuk Azman sempat memberikan ucapan penghargaan

Majlis yang meriah ini diserikan lagi dengan kehadiran Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia YBHG Datuk Azman Abidin. Beliau sempat memberikan ucapan sekaligus merasmikan majlis tersebut tanda sokongan penuh kepada Koperasi Norras Berhad. Kehadiran rakan artis seperti Datin Maria Arshad dan Penyanyi Haqiem Rusli juga mencuri tumpuan mereka yang hadir.

Pukulan gong tanda perasmian Norras travel

Menurut Datin Raskidah Ali, Norras Travel menawarkan voucher RM500 untuk mereka yang menempah pakej sulong kami ke Aceh.

“Tsunami yang melanda Aceh suatu ketika dahulu sebenarnya membawa hikmah – membersihkan kawasan secara semula jadi dan menjadikan lautnya kini sebening kristal, seakan-akan Maldives.”

Trip ini bukan sekadar percutian biasa, tetapi turut menyelitkan nilai pendidikan dan sejarah apabila peserta dibawa melawat ke Muzium Tsunami Aceh serta diberi peluang memberi penghormatan kepada mangsa tragedi tersebut.

Persembahan Tarian tradisi aceh

Menurutnya lagi Hari kedua pula menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila peserta akan menaiki feri ke Pulau Sabang (Iboih) – sebuah permata tersembunyi yang belum ramai diterokai, digambarkan seperti versi terbaik Maldives.

Selain Aceh, Norras Travel turut merancang siri trip ke destinasi unik lain seperti Pakistan, Switzerland, Turkmenistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, dan Tatarstan – negara-negara yang kaya dengan keindahan semula jadi dan budaya Islam yang menarik. “Kami cuba bawa rakyat Malaysia ke tempat yang jarang dijelajah tetapi sangat indah dan selamat dari segi makanan halal dan kemudahan solat,” jelas mereka.

Bukan itu sahaja, Lovena love juga dijadualkan untuk turut serta dalam perjalanan ke Paris dan Umrah dalam misi memperkenalkan koleksi pakaian kanak-kanak berkonsep Muslimah yang akan diperagakan di sana.

Kepada media dan pencipta kandungan digital yang berminat menyertai trip ke Aceh, Norras Travel mengalu-alukan penyertaan anda untuk menghasilkan konten kreatif dan menarik dari sudut percutian keluarga Islamik. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi pihak Norras Travel & Tour Sdn Bhd.- UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *