PDRM nafi mesej tular aktiviti jenayah dengan menggunakan kanak-kanak jalanan

  • September 12, 2022
  • 1 min read
PDRM nafi mesej tular aktiviti jenayah dengan menggunakan kanak-kanak jalanan

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menafikan kesahihan mesej “NOTIS AMARAN DARI KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) DAN BALAI POLIS SELURUH NEGARA” seperti yang tular di media sosial.

Notis tersebut.mendakwa bahawa kanak-kanak jalanan yang memegang kertas tertulis alamat rumah digunakan sebagai taktik meraih bantuan bagi dihantar pulang dan mana-
mana individu yang membantu menghantar kanak-kanak ke alamat yang tertera akan dibunuh, organ dicuri dan dirogol.


PDRM mengesahkan bahawa mesej tular tersebut adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh KDN mahupun PDRM di samping tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan insiden jenayah sepertimana ditularkan.


Orang ramai disaran agar membawa kanak-kanak yang dijumpai terus ke balai polis yang berdekatan untuk tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.

Masyarakat juga dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej yang tidak berasas dan sentiasa merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang
sahih dan terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *