PEBS pelengkap generasi muda terkini berkembang
Generasi belia yang minat melibatkankan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan kini boleh mendaftar dengan Penggerak Belia Selangor (PeBS). Pelbagai aktiviti boleh diketengahkan sama ada sukan, kebudayaan dan pelbagai lagi berdasarkan minat anda.
Ianya pasti dapat membantu diri bagaimana mengasah kemahiran jatidiri melalui kepimpinan, membina hubungan yang erat dengan masyarakat serta melatih diri menjadi generasi pintar dan berkemahiran dalam hubungan social di masa kini dan hadapan.
“Melalui penglibatan ini, mereka dapat dipersiapkan sebagai pelapis pemimpin yang berwibawa pada masa depan,” baru-baru in berlangsung Liga badminton akhir PeBS bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Pulau Meranti, Puchong. ianya berjaya menarik minat generasi kini dan mungkin menjadi pendorong pelbagai lagi aktiviti sebegini dapat diadakan .
Turut hadir bersama, Pengerusi PeBS Zon Pulau Meranti, Mohd Ezamen Alif (baju biru) ; Ahli Majlis Zon Pulau Meranti, Shaffee Md Yassin (tiga dari kiri) dan Ketua Kampung Pulau Meranti, Sunil Suin serta bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke Jambu (kiri) yang juga bertindak sebagai ‘duta kecil’ PeBS Pulau Meranti.
Terdahulu, Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang telah dijenamakan daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT) pada 2020 adalah program pimpinan anak muda yang merupakan wakil Kerajaan Negeri bagi menyampai dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri Dan melalui Majlis Sukan Negeri Selangor merancang program-program berdasarkan Dasar Belia Selangor 2020.
“MSN memperuntukkan dana untuk diagihkan kepada setiap zon PeBS bagi mereka menggerakkan pelbagai program seperti Pertandingan Badminton Akhir malam ini yang dianjurkan oleh PeBS Zon Pulau Meranti di bawah pimpinan Alif,” jelas Mohamad Nizam.
Usaha pemimpin baru seperti alip patut diberi pujian kerana berusaha mengangkat semula aktiviti sukan di Zon Pulau Meranti. Pada bulan Mei lalu tetapi telah menunjukkan prestasi cemerlang khususnya usaha beliau mewar-warkan aktiviti yang diatur kepada media supaya ia dapat disebar luas untuk pengetahuan golongan belia yang masih tidak menyadari wujudnya PeBS untuk membantu mereka medekatkan diri dengan komuniti setempat.
Saudara Alif juga memaklumkan beliau akan terus berusaha melaksanakan pelbagai lagi aktiiviti yang di minati golongan muda dikawasan ini.
“Saya mahu kawasan ini aktif Dan sering ada pelbagai aktiviti komuniti yang melibatkan anak muda .Dalam masa sama penglibatan mereka dapatlah saya mengenal pasti dan mengasah bakat-bakat baharu sebagai pemimpin,” ujar Alif yakin malah berjaya mengumpul lebih kurang 45 golongan muda menyertai pertandingan badminton yang julung kalinya dianjurkan di bawah kepimpinan beliau.
Memang agak sukar untuk mengajak mereka kerana mereka sering melapangkan waktu dengan gajet, saya yakin dengan adanya aktiviti-aktiviti yang diminati generasi sekarang tidak mungkin sasaran untuk menjayakan program ke arah kejayaan Dasar Belia Selangor 3030 akan tercapai.
Dalam temubual bersama Ahli Majlis, Shaffee menyifatkan kolaborasi intim antara PeBS, Ahli Majlis dan Majlis Sukan Negara termasuk pihak PBT antara kekuatan yang menjayakan segala aktiviti dan perancangan yang bermanfaat untuk golongan belia.
hadir bersama Tauke Jambu yang ditemui menjadi pengacara majlis dimalam tersebut turut melahirkan rasa tidak keberatannya melibatkan diri dengan PeBS.
“Sebagai penduduk di zon Pulau Meranti ini, saya menyokong penuh hasrat PeBS dalam penganjuran apa apa program yang boleh menyatupadukan golongan muda dengan penduduk setempat. Kami perlu saling belajar antara satu sama lain, kerana dunia teknologi moden sekarang lebih canggih. Yang muda perlu belajar dari yang dewasa mahu pun sebaliknya,” komen Tauke.
Pertandingan akhir badminton yang tamat lewat malam menyaksikan lebih kurang 40 finalis dalam kategori ‘expert’. ‘novice’ dan ‘loserpoo’ bertanding merebut hadiah wang tunai, hamper dan medal.