Saturday, 14 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Frac and SuprAI, a Member of SGX-Listed USP Group,Partner to Build Enterprise AI for Southeast Asia;Frac Receives Malaysia Book of Records RecognitionUniversiti Malaya Anjur Bicara Buku Syed Husin Ali, Cetus Kesedaran Generasi MudaPRESMA: Kembalikan Sistem Penggantian Pekerja Asing, Elak Krisis Tenaga Kerja BerulangICT Zone Extends TechFin Ecosystem to Retail Consumers Through SewaJe Refurbished Laptop Programme

UTV Media Malaysia

Pelancaran Bisnes akaun oleh TNG DIGITAL membantu perkembangan perniagaan PMKS

Majlis Pelancaran Business Account
oleh TNG Digital Sdn. Bhd., rakan strategik utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi program di bawah Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI).

Seiring dengan hasrat Kementerian dalam usaha mendigitalkan para peniaga khususnya di kawasan luar bandar serta mewujudkan masyarakat tanpa tunai (cashless society), KPDN akan terus menyokong sebarang
usaha yang dibuat oleh pihak industri dalam memperkukuh kemudahan
aplikasi tanpa tunai terutamanya dalam kalangan Perusahaaan Mikro, Kecil
dan Sederhana (PMKS).

Oleh itu, pelancaran Business Account oleh pihak TNG Digital pada hari ini
merupakan satu produk baharu yang akan memberi nilai tambah kepada
golongan PMKS di negara kita. Business Account ini akan dilengkapi
dengan ciri-ciri keselamatan, pemantauan transaksi dan fleksibiliti yang telah
dipertingkatkan bagi membantu peniaga menguruskan perniagaan mereka
dengan lebih baik dan cekap.
Sehubungan itu, bagi menjayakan hasrat transformasi digital negara, semua
pihak termasuk setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan,
khususnya peniaga kecil, penjaja, usahawan mikro dan pengguna harian,
dalam mendorong perubahan ke arah pendigitalan.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *