Pelancaran Mr. Helmet Tarik Hampir 500 Penunggang di Ampang

AMPANG, 18 April 2026 – Majlis pelancaran mesin pembersihan helmet inovatif, Mr. Helmet, berjaya menarik hampir 500 penunggang motosikal dalam satu acara yang berlangsung meriah di Taman Rekreasi Kampung Tasik Tambahan, di sini hari ini.

Dibangunkan oleh CleanXpert Sdn Bhd, Mr. Helmet merupakan mesin teknologi automatik terkini yang direka khas untuk menyahbau, menghapuskan kuman dan bakteria, serta mengembalikan kesegaran kepada helmet penunggang motosikal.


Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, YB Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad (Altimet) yang menyifatkan inisiatif ini sebagai satu keperluan praktikal kepada masyarakat, khususnya golongan penunggang motosikal.

Menurut beliau, ramai penduduk di kawasan Lembah Jaya, Ampang dan Lembah Klang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian termasuk untuk bekerja seperti penghantar makanan dan barangan.


“Helmet merupakan antara peralatan paling penting bagi penunggang motosikal selain kenderaan itu sendiri.

Dalam keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap, penggunaan helmet setiap hari menyebabkan peluh dan bau, jadi ia perlu dijaga kebersihannya,” katanya.


Beliau yang juga penunggang motosikal turut berkongsi pengalaman sendiri mengenai keadaan helmet yang mudah berbau akibat peluh, sekali gus melihat Mr. Helmet sebagai satu solusi yang relevan dan praktikal.


Dalam masa sama, beliau berkata model perniagaan yang diperkenalkan melalui mesin layan diri (vending machine) ini juga berpotensi membuka peluang kepada usahawan tempatan.


“Konsep ini bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada pengguna, tetapi juga membuka ruang kepada orang ramai untuk menceburi bidang keusahawanan melalui model vending machine.

Lokasi strategik seperti kawasan rehat, tempat makan dan kawasan ibadah antara yang berpotensi untuk perniagaan ini,” jelasnya.


Sementara itu, wakil CleanXpert Sdn Bhd memaklumkan bahawa syarikat menyasarkan untuk memperluaskan penjenamaan Mr. Helmet ke peringkat antarabangsa termasuk Indonesia dan Vietnam, dengan sasaran jangka panjang menembusi pasaran Asia.


Majlis berkenaan turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara CleanXpert Sdn Bhd dan PETRONAS Lubricants Marketing Sdn Bhd, yang memberi fokus kepada kerjasama penjenamaan bersama (co-branding) bagi memperkukuhkan kedudukan jenama Mr. Helmet di pasaran.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), YBhg. Tuan Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari serta Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, YBrs. ACP Khairul Anuar bin Khalid.


Untuk maklumat lanjut mengenai Mr. Helmet, orang ramai boleh menghubungi pihak penganjur di talian 011-7001 7505.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *