PELANCARAN PROGRAM CERIA ATLET SELANGOR 2023.
Kerajaan Negeri telah menganjurkan program Ceria Atlet Selangor iaitu inisiatif
membaikpulih kediaman dan sumbangan barangan perabot. Ini merupakan
pelancaran program kali keempat yang menfokuskan kebajikan bekas-bekas
atlet bertempat di kediaman bekas atlet berbasikal iaitu Encik Mutalib Mydin di
Kampung Bahagia, Bukit Lagong, Sungai Buloh.
Dengan bertemakan ‘Hargai Jasa Atlet’, penganjuran program ini adalah
sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pencapaian bekas-bekas atlet
Selangor yang pernah mengharumkan nama Negeri Selangor dan Malaysia.
Sejak bermulanya program ini pada tahun 2020, peruntukan sebanyak RM
789,560 telah disalur bagi merealisasikan objektif program ini. Antara bentuk
bantuan seperti membaikpulih kediaman dan sumbangan barang perabot yang
telah melibatkan seramai hampir 200 bekas atlet.
Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan
Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan juga Persatuan bagi Orang Buta
Malaysia (MAB) atas kerjasama menjayakan program ini.
Pelaksanaan program Ceria Atlet Selangor 2023 ini, diharapkan dapat menjadi
penanda aras dalam menzahirkan keprihatinan bagi membela kebajikan bekas-
bekas atlet ini. Seterusnya, jasa dan pengorbanan mereka dalam arena sukan
akan terus kekal dihargai oleh Kerajaan Negeri Selangor.
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan
Negeri Selangor Darul Ehsan
19 JANUARI 2023