Khas untuk pekerja berumur di antara 40 hingga 59 tahun yang bekerja di majikan anda. PERKESO menawarkan pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA kepada pekerja melalui Program Saringan Kesihatan (HSP).
.
Siapa yang layak di bawah HSP?
- Berumur di antara 40 hingga 59 tahun
- Warganegara Malaysia.
- Aktif mencarum dengan PERKESO dan mempunyai jumlah caruman yang mencukupi di bawah Skim Keilatan
- Tidak pernah menjalani saringan Kesihatan di bawah HSP3.0 (2023 – 2024)
- Tawaran terhad saringan kanser serviks (Ujian HPV DNA) bagi pekerja wanita melalui on-site HSP
Majikan boleh melaksanakan onsite HSP berdasarkan kriteria berikut.
- Mempunyai minimum bilangan pekerja yang layak dan ingin menjalani HSP seramai 50 orang bagi majikan di sekitar Lembah Klang.
- Boleh menyediakan ruangan yang sesuai untuk pemeriksaan kesihatan.
- Boleh bekerjasama dengan PERKESO bagi penyelarasan bersama pekerja dan Klinik Panel HSP.
- Melengkapkan maklumat melalui pautan :https://forms.gle/K3wu6jG7SddZegb88 untuk penyelarasan lanjut bersama PERKESO.
.
Sila rujuk Lampiran Risalah yang disertakan bagi maklumat penuh berkenaan HSP dan tawaran ujian HPV DNA. Layari laman sesawang SEHATi https://sehati.perkeso.gov.my atau hubungi PERKESO di talian Hotline HSP 03-8091 5551 atau emel kepada hsp@perkeso.gov.my untuk rujukan lanjut.



