Projek Queensbury Fasa 2 Tertangguh – Pembeli Desak Jawapan Tegas Dari Pemaju dan Pihak Berkuasa

  • May 24, 2025
  • 3 min read
Projek Queensbury Fasa 2 Tertangguh – Pembeli Desak Jawapan Tegas Dari Pemaju dan Pihak Berkuasa

LENGGENG, 24 Mei — Sekumpulan pembeli rumah di Mahkota Hills di sini meluahkan rasa kecewa terhadap kelewatan projek perumahan yang masih belum disiapkan walaupun ada segelintir pembeli telah melebihi 2 tahun Perjanjian Jual Beli (PJB) serahan kunci semakin hampir.

Ratusan pembeli rumah Projek Queensbury Fasa 2 kini berada dalam keadaan tertekan selepas projek perumahan yang dijanjikan siap pada November 2024 masih gagal disiapkan.

Rumah-rumah yang berharga antara RM400,000 hingga RM800,000 ini sepatutnya menjadi tempat tinggal kekal bagi ramai keluarga muda, warga emas, dan pesara – namun kini hanya tinggal harapan yang tergantung.

Bayar Tapi Tak Dapat Rumah

Antara yang tampil berkongsi pengalaman ialah salah seorang pembeli yang hanya ingin dikenali sebagai Puan Za, yang telah membayar deposit tunai sebanyak RM155,000 untuk rumah atas nama anaknya.

“Saya dah umur 60 tahun, jadi rumah ni saya beli atas nama anak saya. Saya bayar tunai sebab saya tak nak berhutang dengan bank. Ejen jualan janji secara verbal, rumah akan siap dalam beberapa bulan lepas tandatangan. Tapi sekarang sudah hampir dua tahun, rumah masih belum siap,” katanya.

Puan Za turut mendedahkan bahawa sejak menandatangani perjanjian pada 23 Jun 2023, beliau dan pembeli lain tidak melihat sebarang perkembangan ketara di tapak projek. Malah, kawasan projek kini dipenuhi semak samun dan tiada aktiviti pembinaan kelihatan.

“Saya selalu jalan di kawasan sekitar dan tengok kawasan pembinaan macam hutan. Bila saya tanya staf di ofis pemaju, mereka kata masih tunggu jawapan daripada syarikat. Bila kami ramai-ramai push dan hantar e-mel, barulah mereka balas tapi jawapan semua copy-paste — ‘kami sedang berbincang dan bekerjasama dengan KPKT’,” ujarnya dengan nada kecewa.

Kesan Kewangan dan Emosi

Puan Ida seorang pembeli rumah dua tingkat berharga RM430,000, juga terkesan teruk dari segi kewangan.

“Saya kena bayar ansuran pinjaman RM1,530 sebulan. Sekarang ni saya duduk kuarters kerajaan dan bayar RM700 sebulan. Tapi orang lain lebih teruk, ada yang kena bayar sehingga RM3,000 sebulan sebab bayar pinjaman dan sewa serentak,” katanya.


“Rumah ni rumah pertama saya. Tapi saya dah tak tahu nak harap apa sebab jawapan pemaju semua kabur,” tambahnya.

Desakan Pembeli: Empat Tuntutan Utama

Dalam sidang media yang turut dihadiri oleh ramai pembeli yang berkumpul mereka menyatakan empat tuntutan utama kepada pemaju dan pihak berkuasa:

  1. Tarikh sebenar penyerahan kunci yang jelas dan bertulis
  2. Jadual kemajuan pembinaan yang telus dan dipantau oleh pihak berkuasa
  3. Penyelesaian alternatif kepada pembeli yang kini kehilangan tempat tinggal dan berdepan beban kewangan berganda
  4. Campur tangan serius dan segera daripada KPKT serta kerajaan negeri

Projek Queensbury Fasa 2 kini diklasifikasikan sebagai “projek sakit” oleh KPKT. Kontraktor utama telah menghentikan kerja sejak Ogos 2024. Masalah ini dipercayai berpunca daripada konflik dalaman antara kontraktor dan pemaju.

“Kami dah serah nasib kepada pemaju dan pihak kerajaan sejak 2023. Tapi kami hanya dapat jawapan klise: ‘kami sedang berbincang’. Sampai bila? Kami bayar, kami berhak dapat rumah,” tegas mereka.

Kami telah pun membuat aduan kpd KPKT dan Adun Lenggeng YB Asna, dan sekiranya tiada apa-apa ‘progress’ dari pihak pemaju, kami juga bercadang untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap pemaju. – UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *