“Pencapaian Istimewa Sepanjang Tahun Ini; Chef Puan Sri Nisa Bakri mengimbas detik perjalanan…”

  • January 27, 2024
  • 2 min read
“Pencapaian Istimewa Sepanjang Tahun Ini; Chef Puan Sri Nisa Bakri mengimbas detik perjalanan…”

KUALA LUMPUR – Chef Puan Sri Nisa Bakri, tokoh wanita berkecukupan, mengambil langkah tambahan untuk mengumpulkan rakan kongsi perniagaan yang dikenali, pelangan terkenal, dan rakan-rakan untuk memberikan sokongan kepada negara dalam menyampaikan mesej perpaduan negara melalui kepelbagaian keusahawanan budaya.

Acara rangkaian eksklusif untuk usahawan ini diadakan di bilik pameran Hap Seng Star dengan kehadiran 60 VIP yang dijemput, media, KOLS, dan rakan-rakan.

Rakan kongsi perniagaan, pelanggan, dan rakan-rakan menghadiri hari eksklusif ini untuk meraikan bersama atas pencapaian Chef Puan Sri Nisa Bakri.

Pengiktirafan ini dikongsi di kalangan beberapa penceramah seperti Encik Liang Foo Kuan, pengasas Big Onion Catering, Encik Alvin Soh, Wakil Negara untuk Global Chamber of Business Leaders Europe di Malaysia, Datin Maliga Subramaniam, Pengerusi India ASEAN Startup Summit, Ms. Peggy Chong, pengasas World Gourmet, Dato Howard Chew, pengasas Black Card, Encik Nelson Liew, Presiden BNC Malaysia, dan Encik David Teh, Setiausaha Agung Yayasan Dato’ Malaysia.

Sebagai usahawan yang berbakat, Chef Puan Sri Nisa Bakri telah melalui perjalanan yang mencabar sepanjang tahun ini dalam menubuhkan jenama tempatan yang lebih dikenali sebagai Nisa Bakri Gourmet.

Seperti yang terserlah dengan namanya, gourmet sentiasa menjadi suatu
jenama yang semulajadi dalam menyatukan hubungan antara bangsa, dan ini telah terbukti sejak Nisa Bakri Gourmet ditubuhkan.

Ada pepatah yang mengatakan: “Makanan yang baik dapat menyatukan ramai orang.” Sebagai seorang tukang masak dari rumah yang menjadi selebriti, Chef Puan Sri Nisa Bakri telah menunjukkan sifat keusahawanan yang kuat dan berkembang melalui personalitinya.

Kerjasama yang strategik dan rakan
kongsi menjadi pemacu kepada Chef Puan Sri Nisa Bakri, dimana beliau sangat mempercayai dalam membangunkan hubungan erat di kalangan komuniti perniagaan yang berbeza tanpa mengira bangsa dan kebangsaan.

Kepercayaan yang kuat, tertanam dalam sifat keusahawanan beliau yang memberikannya kelebihan sebagai penentu dalam memastikan hubungan perniagaan yang berjaya dengan pelbagai rakan kongsi perniagaan tempatan dan antarabangsa.

Sehingga kini, Chef Puan Sri Nisa Bakri telah memenangi pelbagai anugerah dan
pengiktirafan; diantaranya sebagai finalis dalam Anugerah Persatuan Usahawan Wanita Malaysia 2023 (NAWEM), anugerah “Outstanding Gourmet Bespoke Chef 2023” di ASEAN Investment & Trade Forum, pengiktirafan sebagai “Chef Puan Sri Nisa Bakri” oleh Culinary Art Organization, “Business Leadership & Social Service Malaysia Award” oleh Women Entrepreneurs International Chambers of India (WEICI), dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *