Penganjur Havoc Food kecewa isu kesesakan lalulintas sebenarnya dapat diatasi jika ada rundingan penyelesaian.

  • January 13, 2025
  • 2 min read
Penganjur Havoc Food kecewa isu kesesakan lalulintas sebenarnya dapat diatasi jika ada rundingan penyelesaian.

Titik kejayaan sesebuah penganjuran festival boleh dianggap berjaya sekiranya kehadiran orang ramai melebihi dari jangkaan. Bukan sahaja penganjur malah usahawan pun akan turut terkesan kerana jualan mereka mendapat perhatian.

Baru- baru ini Penganjur Havoc Food Festival mengadakan satu sidang media memberikan pencerahan diatas isu viral kesesakan lalulintas terutamanya penduduk berhampiran Sama Square, Setapak hingga pihak berkuasa tempatan mengarahkan festival itu dihentikan serta-merta, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Firdaus Nadxaman berkata ini adalah kali pertama festival berkenaan menghadapi cabaran besar sejak ia mula diperkenalkan. 

“Disini kami ingin menjernihkan keadaan dan menangkis segala tanggapan yang negatif kepada mana-mana pihak.

Bagaimanapun, penganjur menzahirkan rasa syukur kerana para vendor yang terlibat tetap komited hingga ke hari terakhir, meskipun mereka terpaksa menanggung kerugian bersama.

“Kami amat berterima kasih kepada semua vendor yang berjuang bersama HFF hingga ke hari ketiga. Apa yang berlaku adalah satu pengalaman dan pengajaran besar buat kami. Banyak hikmah yang dapat kami pelajari daripada situasi ini,” katanya.

Firdaus turut menyatakan komitmen untuk menambah baik penganjuran festival pada masa akan datang serta memastikan kejadian serupa tidak berulang. Orang ramai sanggup beratur panjang kerana terdapat khemah jualan makanan yang Viral apa lagi jika ada selebrity sendiri turut hadir bersama memeriahkan suasana .

Ekoran insiden terbabit, pihak nya menerima arahan daripada Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan mengarahkan agar Havoc Food Festival dihentikan serta merta.’

“Ini adalah pengajaran buat kami. Kami akan berusaha memperbaiki kelemahan untuk memastikan pengalaman lebih baik pada masa hadapan dan kami harap agar semua dapat menerima permohonan maaf dari pihak kami.

Kuasa viral yang mengangkat isu lalulintas ini menyebabkan ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati namun penganjur telah mengambil jalan tepat mengadakan Sidang media tergempar untuk memberi pencerahan dan Ketika ditanya wartawan berkaitan penyelesaian lalulintas pihak penganjur menerangkan bahawa isu ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan segera namun mereka telah menerima notis penutupan segera. Jika isu lalulintas ini dapat dibincangkan lebih mendalam pasti ada jalan penyelesaian mudah. Semua pihak akan berpuas hati terutamanya peniaga makanan kecil dan sederhana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *