“EMP4T”-FILEM SERAM MELAYU TERBARU DI PAWAGAM 16 JANUARI 2025

  • January 10, 2025
  • 2 min read
“EMP4T”-FILEM SERAM MELAYU TERBARU DI PAWAGAM 16 JANUARI 2025

Kuala Lumpur, 7 Januari 2025 – Anda kena menonton filem seram melayu ini. Walaupun belum ditayangkan lagi namun filem ini telah memenangi Anugerah juri di Festival Filem Asia Pacifik baru- baru ini. Sudah tentulah filem ini jauh berbeza. filem seram tempatan ini dijangka bakal mengegarkan dunia perfileman tanahair, “EMP4T”, yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh
negara pada 16 Januari 2025, diiterbit oleh Lomo Pictures Sdn Bhd, penerbit eksekutif Fortune Studio, Parent Child Business Garden, Insight MM2H, My Best Delivery, Definitive Entertainment, Iceberg Post, AIQ Family Office, Tubedown dan pengedar Mega Film Distribution.

Barusan pelakon Filen seram “EMP4T”

Filem Emp4t diarahkan oleh pengarah tersohor Ayez Shaukat Fonseka dan Silver Yee, filem ini mengisahkan persahabatan, trauma, dan misteri dunia ghaib yang membelenggu kehidupan empat
sahabat-Sree (Adriana Adnan), Diana (Riesha Aslan), Arman (Syafie Naswip), dan Erika (Alvy Joanna).

Dato Kamil Otham(FINAS) turut hadir
Temuramah bersama FINAS, Pengarah & Pelakon

Filem Emp4t mengisahkan Sree, seorang gadis yang mempunyai kelebihan melihat makhluk halus, filem ini membawa penonton menelusuri cabaran hidupnya yang penuh kesunyian dan trauma. Bersama sahabat-sahabatnya – Diana, Arman, dan Erika, mereka cuba menghadapi rahsia kelam yang
menghantui mereka sejak zaman kanak-kanak. Setelah satu peristiwa aneh berlaku, empat sekawan ini mula dibelenggu dengan gangguan misteri yang berkait rapat dengan trauma gelap masa silam Sree. Bersama, mereka perlu merungkai misteri sumpahan yang berkait rapat dengan sumpah darah sebelum perkara tidak diingini terjadi.
Dengan pengalaman luas dalam menghasilkan filem seperti “Ngesot”, serta arahan aksi “Projek Kahar Kapla High Council”, penggusti tersohor negara Ayez Shaukat Fonseka kini membawa elemen seram yang segar dan mendalam ke layar perak.

Salah seorang pelakon yang terlibat dengan janji

Gabungan elemen seram psikologi dan kisah persahabatan menjadikan “EMP4T” sebuah filem yang menghiburkan dan memberi kesan mendalam. Selain daripada itu, 3 daripada 4 pelakon utama (Adrian Adnan, Alvy Joanna dan Riesha Aslan) buat pertama kali nya membintangi filem.

Saksikan kehebatan filem “EMP4T” bermula 16 Januari 2025 di pawagam berhampiran anda. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman media sosial rasmi Lomo Pictures.
Hati-hati… setiap janji membawa akibatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *