Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Decathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan Negara

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

PENGGANTUNGAN LESEN SYARIKAT TRIPZ HR HOLIDAY TOURS SDN. BHD.(NOMBOR LESEN : MOTAC L/N/11198)

KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC)
21 Januari 2026

Selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
telah memutuskan untuk menggantung lesen Syarikat Tripz HR Holiday Sdn.Bhd. 202201024391 (1470088-X) (Nombor lesen : MOTAC L/N/11198) berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2025 sehingga 8 Januari 2026.

Syarikat didapati telah mengelolakan perkhidmatan pakej haji untuk musim haji
1445H/2024M tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah dan merupakan satu pelanggaran terhadap seksyen 27 Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535]; dan
perbuatan ini adalah suatu pelanggaran kepada undang-undang bertulis lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 8(1)(b) Akta 482.

MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan
kepentingan rakyat Malaysia MADANI.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *