Penjara Sesak Melampau: Lebih 100% Penghuni Lebih Had, Kes Dadah Dominasi- Saifuddin

KUALA LUMPUR– Tahukah anda bahawa terdapat 43 buah penjara di seluruh negara? Namun, yang paling sesak sekali adalah Penjara Machang di Kelantan – kadar kesesakan luar biasa melebihi 104%. Penjara ini sepatutnya menampung hanya 1,560 orang, tetapi kini dihuni seramai 3,184 banduan, semuanya melibatkan kes sabitan – dengan 80% daripadanya berkait dengan kesalahan dadah.
Menteri dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan kebimbangan dan pasti langkah awal dan drastik akan dilaksanakan.
Penjara Pegalan Cepua turut mencatat angka membimbangkan. Dengan kapasiti hanya 1,500 orang, kini menempatkan 2,977 penghuni, melibatkan kes reman dan sabitan. 65% daripada kes di sini juga berkait dengan dadah.
Statistik ini menunjukkan satu corak yang jelas: tangkapan berkaitan dadah – sama ada pengedaran atau penyalahgunaan – terus menyumbang besar kepada kadar kesesakan penjara. Ini adalah satu trend yang menunjukkan korelasi ketara antara jenayah dadah dan kepadatan institusi pemulihan negara.