TINDAKAN PENYELESAIAN KEJADIAN BANJIR DI TAMAN SRI MUDA (TSM) DAN KAWASAN SEKITARNYA

Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan memandang serius terhadap
kejadian banjir yang sering berlaku di Taman Sri Muda (TSM) dan kawasan sekitarnya
sejak tahun 2021 hingga kini.
Melalui JPS Negeri Selangor, langkah penyelesaian yang berterusan bagi mengurangkan risiko banjir di TSM dan kawasan sekitarnya sedang dilaksanakan melalui tindakan jangka pendek dan jangka panjang.

Berikut disertakan Infografik Garis Masa Pelaksanaan Kerja-Kerja Jangka Pendek dan
Jangka Panjang Bagi Mitigasi Banjir di Taman Sri Muda (TSM) dan Sekitarnya untuk
rujukan orang awam.
JPS Negeri Selangor mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan kesabaran
semua pihak sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja tersebut.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi hotline JPS Negeri Selangor di talian 03 – 5544 7376.
“#KITASELANGOR MAJU BERSAMA’’
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”