PERKESO SALUR RM241,000 KEPADA TIGA PENERIMA FAEDAH PENCEN PENAKATALERT: PELANCARAN PROGRAM MAHABBAH RAMADAN @ SOCIAL SYNERGY2024
KUALA LUMPUR: Seramai tiga Orang Tanggungan (OT) menerima Faedah Pencen
Penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang mencecah jumlah
RM241,000 pada Program Mahabbah Ramadan@Social Synergy 2024 di Masjid ArRahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz
Mohammed, bayaran faedah yang disampaikan merangkumi tiga OT yang layak menerima faedah PERKESO hasil perkongsian data dan maklumat penerima asnaf di sekitar kariah Kampung Pandan oleh Pengurusan Jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah, Desa Pandan Kuala Lumpur.
”Penerima faedah ini sebenarnya layak menerima perlindungan PERKESO namun tidak pernah melakukan sebarang permohonan disebabkan beberapa faktor terutamanya kekurangan kesedaran serta pengetahuan berkenaan dengan skim perlindungan yang disediakan dan merasakan tidak layak mendapat manfaat PERKESO berikutan telah menerima bantuan daripada agensi kebajikan yang lain.
“Justeru, kami berharap agar lebih banyak agensi tampil untuk menjalin kerjasama dan
menjadi rakan sinergi, demi meningkatan keberkesanan penyaluran faedah serta
memastikan capaian yang menyeluruh.
”PERKESO adalah badan berkanun yang diasingkan bagi menyelia aspek perlindungan
insuran sosial, tidak timbul isu pertindihan manfaat, seandainya waris sudah memperoleh faedah daripada institusi zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), badan awam, korporat atau swasta yang lain,” kata beliau semasa berucap dalam Program Mahabbah Ramadan@Social Synergy di sini hari ini.
PERKESO turut menyantuni seorang lagi OT yang kehilangan suaminya akibat
kemalangan jalan raya, hasil kerjasama erat antara PERKESO dan Sekolah Kebangsaan
(SK) Desa Pandan Kuala Lumpur dalam menyalurkan informasi menerusi inisiatif
pengurusan sekolah yang melantik ’Pengawas Skuad Prihatin’ dalam kalangan pelajar agar bantuan sewajarnya dapat disalurkan oleh PERKESO serta agensi berkaitan dalam Program Social Synergy dengan lebih tepat dan pantas.
SK Desa Pandan turut diumumkan sebagai sekolah angkat PERKESO menerusi
program social synergy sekali gus menjadi sekolah perintis sebelum diperluas kepada
sekolah lain dalam mendidik kepentingan keselamatan sosial bermula di bangku sekolah.
Dr. Mohammed Azman juga menjelaskan penubuhan Skuad PERKESO Prihatin dan
Program Social Synergy adalah bertujuan bagi meningkatkan lagi keberkesan sistem
penyampaian perkhidmatan bagi tujuan penyaluran faedah dengan lebih proaktif dan
sistematik hasil makluman daripada lebih 385 rakan strategik Program Social Synergy dan
Sahabat PERKESO Prihatin.
Program Mahabbah Ramadan@Social Synergy yang dianjurkan adalah sebahagian
tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertubuhan ini dalam mengeratkan lagi hubungandengan komuniti setempat yang dianjurkan setiap tahun bagi mengeratkan ukhuwah
PERKESO dengan para penerima faedah, terutamanya mereka yang telah kehilangan
orang tersayang