Pelajar Universiti UUM harumkan nama Malaysia dalam program (EBC) pendakian puncak tertinggi di dunia Everest
Ekspedisi 4 DEKAD UUM DI EVEREST BASE CAMP akan berlangsung pada 14 hingga 28 Disember 2024 anjuran Pusat Pengajian
Pengurusan Industri Kreatif & Seni Persembahan dengan kerjasama Inasis Petronas, Universiti Utara Malaysia.
Program ini merupakan sebahagian aktiviti berimpak tinggi sempena sambutan ulang tahun ke-40 Universiti Utara Malaysia (UUM), yang akan melibatkan 4 orang pelajar dan 4 orang pegawai pengiring.
Asas program ini ialah berdasarkan kepada cetusan idea YBhg Prof Dato
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd
Fo’ad Sakdan untuk menjenamakan Universiti Utara Malaysia ke peringkat antarabangsa serta mengetengahkan bidang pengurusan industri kreatif UUM, di peringkat dunia.
Program ini dapat membantu menjayakan kempen mempromosikan UUM, negeri dan negara untuk menyemarakkan industri pelancongan dari perspeksitif dan segmen industri kreatif negara bersempena Tahun Melawat UUM 2024, Tahun Melawat Kedah 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Bagi program kali ini, ARISPROP HOLDING SDN. BHD (Dato Hj. Haris Embong, Managing Director) merupakan rakan strategik program ekspedisi kali ini bersama EIGER TROPICAL ADVENTURE (En Riadi Ariaji Suwarno, Director Eiger
Adventure Malaysia) sebagai penaja peralatan ekspidisi pendakian rasmi.
Antara barisan penaja bagi program ekspedisi EBC kali ini adalah seperti berikut
:
Penaja Platinum :
- Malpro
- Tourism Pahang
Penaja Gold : - YUGO Education
- Yanimas Jaya
Penaja barangan dengan nilai RM10,000 ke atas : - EBOQ
- Peak Journey
Penaja Silver :
UUM Holding Sdn. Bhd
Joe Photography
Malaysia International Tourism Development Association
(MiTDA)
SRS Utama Ent.
Selain itu, Program ini juga bertujuan untuk mengumpulkan sebanyak
mungkin data dan juga footage ekspedisi bagi tujuan penghasilan karya dan
kandungan kreatif, seperti penghasilan Virtual Reality (VR), penghasilan dokumentari pendek yang bakal menjadi panduan digital bagi pendaki-pendaki gunung di masa hadapan, serta dokumentasi buku “Coffee Table Book”, Travel
Log dan kandungan kreatif berhubung sukan mendaki dan trekking.
Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif & Seni Persembahan (SCIMPA)
memilih Ekspedisi ke Everest Base Camp sebagai subject matter kerana, ianya sebagai simbol pengiktirafan dunia, kerana para peserta dari UUM boleh dan mampu berada di laluan (EBC) pendakian puncak tertinggi di dunia iaitu
Gunung Everest.
Dengan lima Option Module bidang pengajian yang ditawarkan oleh SCIMPA, iaitu Filem, Muzik, Animasi, Extended Reality dan Design Innovation, ilmu ini dapat di praktikkan oleh para peserta dan juga pelajar apabila pulang nanti.
Ini merupakan julung kalinya, UUM melalui SCIMPA, menganjurkan program ekspedisi seperti ini. Ekspidisi ini di ketuai oleh Prof Madya Ts. Dr Adzrool Idzwan Bin Ismail bersama En Azim Afif yang bertindak sebagai pengendali
pendakian. 4 orang pelajar yang terlibat dalam misi ini adalah :
1- Ihsan Sabri Bin Kamaruddin
2- Murfiqah Nurina Binti Mohd Razali
3- Muhammad Syamim Bin Mohd Hamdan
4- Muhammad Aidil Bin Muhammad
3 orang pegawai pengiring yang akan mengiringi peserta untuk ekspedisi ini
adalah ;
1 – Amirudin Hashim – Ketua Jurulatih
2 – Muhamad Fahmi Muhamad Zulkiflee – Penolong Jurulatih
3 – Prof Madya Ts. Dr Jastini Mohd Jamil – Ketua Sekretariat Pendakian
PELAKSANAAN MISI
Perjalanan mengembara 15 hari 14 malam ke Everest Base Camp (EBC), juga dikenali sebagai Everest Sanctuary Trek merupakan
perjalanan menakjubkan yang membawa pendaki ke “dahi langit” di Himalaya. Ia merupakan salah satu destinasi pengembaraan
paling terkenal di Himalaya, Nepal yang menarik beribu-ribu pendaki setiap tahun. Berikut merupakan laluan yang akan dilalui
oleh peserta selama 15 hari 14 malam:
Tentatif misi 15 hari 14 malam ke EBC.
Day 01 Kuala Lumpur – Tribhuvan International Airport Kathmandu Day 02 Kathmandu (Program Mobiliti di Universiti Tribhuvan)
Day 03 Kathmandu – Lukla – Phakding
Day 04 Phakding – Namche BazaarDay 05 Namche Bazaar (acclimatization)
Day 06 Namche Bazaar – Tengboche
Day 07 Tengboche – Dingboche
Day 08 Dingboche (acclimatization)
Day 09 Dingboche – Lobuche
Day 10 Lobuche – Gorakshep – Kalapatthar – Gorakshep
Day 11 Gorakshep – Everest Base Camp – Gorakshep – Periche
Day 12 Periche – Namche Bazaar
Day 13 Namche Bazaar – Lukla
Day 14 Lukla – Kathmandu (Program mobiliti di Universiti Tribhuvan)
Day 15 Kathmandu – Kuala Lumpur
Bergantung kepada sebarang perubahan
FAEDAH DAN IMPAK
1 Membantu meningkatkan semangat bangga dan sayangkan negara apabila berjaya sampai ke Everest Base Camp;
2 Menghasilkan bahan visual yang menunjukkan sifat kebersamaan dan kepelbagaian yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama, bangsa dan budaya;
3 Memupuk semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan masyarakat melalui perkongsian nilai-nilai patriotisme dan kebersamaan yang kuat.
Diharapkan program ini akan mencapai objektif yang disasarkan seterusnya menjadi satu wadah baru untuk Universiti Utara Malaysia berada di
persada dunia melalui segment industri kreatif.