Prospek industri sarung tangan negara tetap baik dan masih mampu berkembang

  • May 4, 2022
  • 3 min read
Prospek industri sarung  tangan negara tetap baik dan masih mampu berkembang

YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi – Adalah menjadi rahsia terbuka bahawa harga saham sarung tangan di Bursa Malaysia
telah merosot dengan ketara sejak pertengahan tahun lalu.
Ini adalah kerana pengeluar sarung tangan yang terdiri daripada empat syarikat besar
serta pengeluar lain yang lebih kecil sedang bergelut untuk menormalasisikan harga
jualan purata (ASP).


Harga ini semakin menghampiri tahap pra-pandemik walaupun landskap operasi
semakin kompetitif kerana kos bahan mentah semakin naik, terdapat kekangan
tenaga kerja, cabaran logistik dan tekanan inflasi. Ini tidak dapat dielakkan melainkan
kos pengeluaran yang lebih tinggi ini diturunkan kepada pengguna akhir.


Walaupun ia menyakitkan, kita harus menerima hakikat bahawa ia tidak lagi mungkin
untuk setiap stok sarung tangan yang disentuh untuk bertukar menjadi emas seperti
yang berlaku pada kemuncak pandemik COVID-19 pada tahun 2020.
Senario semasa kemuncak pandemik telah mendorong pertumbuhan industri ini
dengan pemain baru tetapi ini tidak mungkin berulang terutamanya apabila dunia
beransur-ansur beralih ke fasa endemik.
Walaupun begitu, kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan peluang yang terdapat
untuk berlalu begitu sahaja. Kita perlu menjadi kreatif untuk meneroka cara dan
kaedah baru untuk menjadikan industri sarung tangan ini berkembang semula dan
mencatatkan keuntungan walaupun bukan pada kadar apabila permintaan melonjak
naik dan ASP mencapai paras rekod tertinggi.
Sehubungan dengan ini, langkah Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah
Malaysia (MARGMA) untuk memandang industri bukan perubatan sebagai pemacu
permintaan masa depan bagi sarung tangan gred bukan perubatan adalah tepat.


Pembukaan semula sempadan Malaysia sejak April 1 juga akan merangsang
pemulihan ekonomi dengan kesan limpahan ke atas sektor-sektor seperti
pelancongan, pembuatan dan makanan & minuman.
Memetik presiden MARGMA Dr Supramaniam Shanmugam, pembuat sarung tangan
juga sedar bahawa terdapat industri yang sangat memerlukan sarung tangan tetapi
langkah ke arah ini tidak diutamakan pada masa ini.
Sebaliknya, pengeluar sarung tangan kini patut menukar fokus mereka dengan
bekerjasama dengan industri ini dan menjadikan mereka sebagai pelanggan

memandangkan wabak ini telah mencetuskan kesedaran tentang kepentingan
kebersihan untuk mencegah pencemaran atau membendung penularan penyakit.
Sarung tangan pakai buang yang bergred bukan perubatan terdapat dalam pelbagai
saiz, warna, ketebalan dan tekstur. Aplikasinya juga wujud dalam pelbagai perniagaan
seperti dalam bisnes tatu, makmal dan pusat jagaan kanak-kanak.
Walaupun industri F&B merupakan pengguna sarung tangan dengan permintaan
yang terhad, lapan hingga 10 tahun yang lalu ini telah menyaksikan peningkatan tahap
kesedaran dengan pemain industri dan pengguna sama-sama menyedari hakikat
bahawa pengendalian makanan berkisar pada tahap kebersihan.
Sarung tangan juga digunakan dalam industri elektronik semikonduktor untuk
melindungi komponen elektrik atau elektronik daripada pencemaran.


Baru-baru ini, saya juga telah melawat 10 negara termasuk Mesir, Qatar, Pakistan
dan Turki untuk mempromosikan komoditi negara dan membuka pasaran baharu.
Semasa lawatan ini, beberapa MoU telah ditandatangani dan saya juga mengambil
kesempatan untuk menepis beberapa dakwaan terhadap komoditi negara dan
memberi fakta yang betul.


Kementerian juga akan melakukan segala yang mampu untuk membantu pengeluar
tempatan untuk mendapatkan pasaran baharu dan melebarkan sayap mereka kepada
sektor bukan perubatan.
Kami sentiasa bekerjasama rapat dengan pemain industri tempatan dan kerjasama
ini akan memastikan industri sarung tangan getah tempatan negara akan terus
berkembang maju.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *