KKOM – Laporan tidak tepat berkaitan Digital Nasional Berhad

  • May 4, 2022
  • 1 min read
KKOM – Laporan tidak tepat berkaitan Digital Nasional Berhad

4 MEI 2022 – Merujuk kepada laporan portal dalam talian berjudul “Annuar Musa: Only TM and YTL have agreed to own an equity stake in Digital Nasional Berhad (DnB)” bertarikh 2 Mei
2022, saya ingin memaklumkan bahawa laporan yang disiarkan tersebut yang
memetik kata-kata saya adalah tidak tepat.


Tarikh tutup tawaran adalah pada 30 Jun 2022 dan rundingan masih dijalankan.
Sehubungan dengan itu sehingga kini semua syarikat masih berada di dalam proses
merundingkan harga atau nilai ekuiti yang ditawarkan. Mereka diberi tempoh sehingga
akhir bulan Jun 2022 untuk memuktamadkan penyertaan mereka.


TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA TPr ANNUAR HAJI MUSA
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *