Rahsia Kulit Selebriti A-List Hollywood – MDSUN Skin Care Kini di Malaysia

Jenama penjagaan kulit terkemuka dari Amerika Syarikat lancar flagship store pertama di Pavilion Damansara Heights


Damansara, 13 Februari 2025 – Berita baik buat anda yang mengimpikan kulit wajah sihat dan berseri sepanjang hayat! Kini, rahsia kecantikan selebriti A-List Hollywood boleh dimiliki dengan kehadiran jenama penjagaan kulit berasaskan sains, MDSUN Skin Care, yang secara rasmi membuka flagship store pertamanya di Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur.

MDSUN Skin Care, yang diasaskan oleh pakar bedah plastik terkenal Dr. George Sun pada tahun 2001, telah lama menjadi pilihan ramai pencinta kecantikan yang mengutamakan hasil premium dan penjagaan kulit yang berkesan.
Dengan kombinasi sains dermatologi, bahan berkualiti tinggi, dan inovasi teknologi, produk MDSUN terkenal dalam industri kecantikan dan sering digunakan oleh dermatologi, pakar bedah plastik, serta ahli kecantikan profesional yang merawat klien VIP dan selebriti antarabangsa.




Bagi meraikan pembukaan eksklusif ini, majlis telah diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Global dan Pengasas Bersama MDSUN Skin Care, Zehra Sun, serta tetamu kehormat seperti Y.M Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, Che Puan Juliana Sophie Binti Johari Evans, dan selebriti chef Malaysia, Dato’ Chef Wan.
Pengalaman Eksklusif di Flagship Store MDSUN Skin Care

Terletak di Pavilion Damansara Heights, flagship store ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dengan:
✔ Sesi konsultasi penjagaan kulit secara peribadi
✔ Paparan produk interaktif
✔ Promosi eksklusif untuk pelanggan setia

Kedai utama pertama MDSUN Skin Care di Malaysia ini memberikan pengalaman membeli-belah premium, di mana pengunjung dapat menikmati khidmat nasihat kecantikan secara profesional dan mencuba sendiri rangkaian produk penjagaan kulit yang diformulasi secara saintifik untuk menangani pelbagai masalah kulit.

Menurut Zehra Sun, “Kami teruja untuk membawa MDSUN Skin Care ke Malaysia, menawarkan produk yang diformulasi dengan kepakaran dermatologi serta bahan-bahan berkualiti tinggi.
Dengan rutin penjagaan kulit yang tepat, impian memiliki kulit sihat dan cantik sepanjang hayat pasti menjadi kenyataan. Tidak hairanlah jenama ini menjadi kegemaran selebriti dan individu yang menghargai kecantikan sejati.”
Teknologi Inovatif & Keberkesanan Produk
MDSUN Skin Care terkenal dengan formula anti-penuaan yang terbukti secara klinikal. Produk jenama ini menggabungkan beberapa inovasi utama seperti:
✔ Kompleks Ultrapack & Teknologi Liposome – Memastikan nutrien aktif meresap jauh ke dalam kulit untuk kesan maksimum.
✔ Formula Anti-Penuaan Berasaskan Sains – Mengurangkan kedutan, meningkatkan keanjalan kulit, dan memberikan efek kulit lebih muda.
✔ Bebas Bahan Berbahaya – Tiada paraben, pewangi tiruan, atau bahan kimia agresif, menjadikannya selamat untuk kulit sensitif.
✔ Gabungan Sains & Bahan Semula Jadi – Diformulasi dengan bahan seperti asid hyaluronik, vitamin C, niacinamide, dan peptida yang terbukti berkesan untuk pemulihan kulit.
✔ Diuji Secara Dermatologi – Diformulasi oleh pakar bedah plastik terkenal, Dr. George Sun, dan disokong oleh penyelidikan saintifik.
Produk Ikonik MDSUN Skin Care
Bagi anda yang baru ingin mencuba produk MDSUN, berikut adalah beberapa produk ikonik yang mendapat sambutan hebat:
✔ Super Brightening C Serum – Kaya dengan Vitamin C untuk kulit lebih cerah dan berseri.
✔ Hydra Boost Moisturizer – Melembapkan kulit secara intensif dengan asid hyaluronik untuk hidrasi yang mendalam.
✔ Repair Moisturizer – Mengandungi faktor pertumbuhan (growth factor) untuk pemulihan kulit yang cepat dan berkesan.
Sempena pembukaan ini, MDSUN Skin Care turut menampilkan Dato’ Chef Wan, yang berkongsi pengalamannya menggunakan produk MDSUN. Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan eksklusif daripada Ratu Jazz Malaysia, Noryn Aziz.


Jangan lepaskan peluang untuk menerokai kehebatan penjagaan kulit premium ini! Kunjungi flagship store MDSUN Skin Care di Pavilion Damansara Heights bermula 13 Februari 2025, dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan rasai sendiri transformasi kulit yang luar biasa.
Untuk maklumat lanjut, layari:
🌐 Laman Web Rasmi: www.mdsun.com
📌 Facebook: MDSUN Malaysia
📸 Instagram: @mdsunskincare