Rajayoga Power Trranscendental Meditation Society (RPT) ambil inisiatif pupuk kesedaran 3M (Makanan sihat, Masakan sihat, Membakar kalori)

  • November 25, 2024
  • 4 min read
Rajayoga Power Trranscendental Meditation Society (RPT) ambil inisiatif pupuk kesedaran 3M (Makanan sihat, Masakan sihat, Membakar kalori)

KAJANG, 23 NOVEMBER 2024 – Rajayoga Power Trranscendental Meditation Society (RPT) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan pada tahun 1996 oleh YBhg, Dato’ Sri Dr. V. Balakrishnan dan YBhg, Datin Sri Sundari Balakrishnan.

RPT telah menjalankan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat secara percuma bagi segenap lapisan masyarakat di Malaysia sejak tahun 2007 di bawah naungan YBhg. Datin Sri Sundari Balakrishnan, sejajar dengan cogan kata RPT ‘MAKING OTHERS HAPPY’.

VIDEO PERASMIAN PROGRAM KEM KESIHATAN PERCUMA

Sehubungan itu, RPT telah menganjurkan suatu program kem kesihatan percuma, iaitu RPT Hari Kesedaran 3M: Rahsia Kesejahteraan Berkekalan, di mana 3M merujuk kepada Makanan sihat, Masakan sihat dan Membakar Kalori atau senaman, pada 23 November 2024, bermula jam 8.02 pagi sehingga 2 petang, bertempat di Dewan MPKj Taman Mesra, Kajang.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia, masalah berat badan dalam kalangan golongan dewasa di Malaysia adalah pada tahap agak membimbangkan, di mana ianya menunjukkan tren yang semakin meningkat.

Menyedari isu ini, RPT mengambil inisiatif untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan, khususnya dalam aspek pengurusan berat badan, di mana dalam program ini 3 perkara penting diberi penekanan demi kesejahteraan yang berkekalan, iaitu pemakanan yang sihat, cara masakan yang sihat dan senaman mudah untuk membakar kalori.

Pendaftaran dibuka kepada orang ramai

Program RPT Hari Kesedaran 3M ini dianjurkan dengan jayanya di bawah seliaan anak perempuan kepada Presiden RPT, iaitu Yang Berusaha Dr. Seetah Balakrishnan dan dilaksanakan oleh sukarelawan RPT dari pelbagai jurusan professional termasuk Pakar dan Pegawai Perubatan kerajaan serta swasta.

Program ini dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran, Majlis Perbandaran Kajang, Yang Berusaha Tuan Badrul Hisyam bin Mamat.

Dalam ucapan perasmian beliau, Tuan Badrul mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha murni RPT menganjurkan Hari Kesedaran 3M bagi manfaat masyarakat Kajang, khususnya bagi kawasan sekitar Taman Mesra.

Beliau turut memuji RPT di atas kelolaan program yang begitu terancang dan lancar.

” Malaysia memang terkenal dengan pelbagai juadah yang cukup enak dan digemari ramai, namun amalan pemakanan yang tidak sihat akan menjurus kepada masalah berat badan.

Ruang pameran untuk orang ramai mendapatkan pelbagai info kesihatan

Tuan Badrul juga menyuarakan kebimbangan beliau tentang masalah berat badan dalam kalangan masyarakat Malaysia memandangkan berat badan yang tidak sihat menjadi punca utama pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, sakit sendi dan sebagainya.

Beliau menggesa para hadirin untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam program anjuran RPT ini yang dilaksanakan secara percuma oleh pihak RPT dan memperoleh manfaat bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan yang berkekalan bagi diri dan keluarga.

Tuan Badrul menyatakan beliau amat mengalukan inisiatif RPT ini dan beliau berharap RPT akan meneruskan usaha-usaha sebegini bagi menangani pelbagai isu dalam kalangan masyarakat di seluruh Malaysia.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam program RPT Hari Kesedaran 3M adalah saringan kesihatan percuma merangkumi pengukuran berat, tinggi, indeks jisim badan, pengukuran tekanan darah, pengukuran paras gula dalam darah, penilaian tahap lemak dalam badan, sesi khidmat nasihat dan kaunseling oleh doktor sukarelawan RPT, sesi ceramah kesihatan bertemakan Makanan sihat, Masakan sihat dan Membakar kalori, sudut pameran kesihatan serta sesi senaman ringan.

Pemenang cabutan bertuah menerima hadiah

Cabutan bertuah dan cenderahati untuk para peserta turut disediakan. Sarapan pagi dan makan tengah hari berkonsepkan diet sihat yang ditanggung halal juga disediakan secara percuma oleh pihak RPT.

Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penduduk Taman Mesra dan kawasan sekitarnya, di mana seramai 200 orang peserta menghadiri program ini dan menerima manfaat daripada pelbagai pengisian program.

Ceramah kesihatan tentang kesihatan

Pihak RPT juga telah mendapat sokongan mantap dan kerjasama yang amat baik daripada Ketua- Ketua Kampung yang berhampiran Taman Mesra, khususnya Kampung Batu 13, Kajang dan Kampung Sungai Sekamat, Kajang.

RPT khidmat masyarakat – Kesihatan mewujudkan kesedaran kesihatan seperti Kempen derma darah, Kesedaran Denggi, Kem Perubatan Kawasan Luar Bandar dan Aktiviti Sihat Cergas.

Orang ramai sedang melakukan teknik senaman ringan

Khidmat masyarakat dari segi Pendidikan Seminar Pendidikan Secara Percuma, Bimbingan Kanak-Kanak – Learning How to Learn, Program Bimbingan Pendidikan Di Sekolah China, Inisiatif Penanaman Pokok Di Sekolah dan Bantuan Komputer Riba Kepada Pelajar Sekolah.

Bantuan Kemanusiaan bantuan kepada mangsa banjir, rumah kebajikan, pengagihan makanan semasa PKP, bantuan kepada ibu tunggal dan sumbangan kepada UNICEF untuk membantu mangsa gempa bumi.

Sebagai rekod, RPT telah menerima penghargaan dari Malaysia Book Of Record (MBOR) Kempen Derma Darah Mega 2007 dan Pengagihan Makanan Mega 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *