RAJAYOGA POWER TRRANSCENDENTAL MEDITATION SOCIETY (RPT) ANJUR ACARA AMAL BESAR-BESARAN, DERMA MAKANAN KEPADA 5,000 Pengunjung & Rumah Kebajikan

  • February 23, 2024
  • 2 min read
RAJAYOGA POWER TRRANSCENDENTAL MEDITATION SOCIETY (RPT) ANJUR ACARA AMAL BESAR-BESARAN, DERMA MAKANAN KEPADA 5,000 Pengunjung & Rumah Kebajikan

Rajayoga Power Trranscendental Meditation Society (RPT) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan pada tahun 1996 oleh YBhg Dato’ Sri Dr. V. Balakrishnan dan YBhg Datin Sri Sundari Balakrishnan.

RPT telah menjalankan pelbagai program khidmat masyarakat secara percuma kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia sejak 2007 di bawah naungan YBhg Datin Sri Sundari Balakrishnan, selaras dengan slogan RPT ‘Making Others Happy’.

Antara program khidmat masyarakat yang dijalankan termasuklah aktiviti memupuk kesedaran dalam seni dan budaya, menggalakkan kesedaran penjagaan kesihatan, bimbingan pendidikan dan pelbagai bantuan kemanusiaan dengan matlamat murni untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat, berpendidikan, sihat rohani dan bermoral.

Disamping itu, bersempena dengan sambutan Hari Lahir Pengasas dan Presiden RPT, YBhg Dato’ Sri Dr. V. Balakrishnan (Dato’ Sri Guruji) pada 22/2/2024, acara Amal telah dianjurkan di Kuil Sri Subramanyar, Pandamaran, Klang dengan pengagihan makanan percuma kepada fakir miskin dan ke rumah-rumah kebajikan di seluruh negara.

Justeru, pada tahun ini RPT Annathanam 2024 telah dianjurkan oleh Dr Seetah Balakrishnan, iaitu anak perempuan Presiden RPT Dato’ Sri Guruji, dengan lebih 5000 pengikut Dato’ Sri Guruji berserta keluarga mereka dari seluruh Malaysia memeriahkan sambutan ini dengan semangat ‘satu RPT satu Keluarga’.

Majlis bermula seawal jam 5 pagi dengan upacara sembahyang
khas dan berakhir sekitar jam 1.30 petang. Kesemua yang menghadiri majlis ini dijamu dengan sarapan pagi percuma diikuti dengan pemberian makan tengahari percuma dan manisan (Laddu), di bawah naungan Datin Sri G.

Program khidmat masyarakat RPT telah mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2007 dan 2016. Terkini, RPT mendapat pengiktirafan dan pujian daripada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Putrajaya.

Majlis sambutan yang dianjurkan oleh RPT ini disertai oleh semua pengikut Dato’ Sri Guruji berserta keluarga mereka dari seluruh negara. Sambutan dimulakan dengan puja khas pada awal pagi yang dijangka berterusan sehingga tengah hari.

Aktiviti keagamaan dan kebudayaan juga telah disediakan, seperti persembahan Thevaram (Devotional Hymns, nyanyian lagu-lagu pujian Tuhan), persembahan Tarian Klasik India (Bharatanatyam), Persembahan Alat Muzik Tradisional India (Tabla, Urumi, Nadhaswaram, Thavil) dan persembahan pelbagai tarian tradisional (Tarian Singa, Tarian Merak, Poikaal Kuthirai, Kolaattam ). Terdapat juga aktiviti khas untuk kanak-kanak seperti pemberian aiskrim dan belon percuma.

Dengan limpah kurnia Guru dan Tuhan, sambutan yang penuh warna-warni ini diadakan untuk memupuk kegembiraan, muhibbah dan perpaduan dalam kalangan ahli RPT dari segenap lapisan masyarakat dari seluruh Malaysia, dalam semangat ‘Satu RPT, Satu Keluarga’.​

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *