MCMC GESA ORANG RAMAI UNTUK MEMADAM DAN TIDAK MENYEBARKAN VIDEO INSIDEN TAMAN PELANGI SEMENYIH 2

  • February 23, 2024
  • 1 min read
MCMC GESA ORANG RAMAI UNTUK MEMADAM DAN TIDAK MENYEBARKAN VIDEO INSIDEN TAMAN PELANGI SEMENYIH 2

CYBERJAYA, 23 FEBRUARI 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MCMC) menzahirkan rasa simpati dengan insiden tragis yang berlaku
di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang pada baru-baru ini. Video tersebut
menunjukkan kekerasan yang berlaku terhadap seorang lelaki yang terlibat
dalam kemalangan.

Bagi menghormati keluarga mangsa, MCMC menggesa orang ramai untuk tidak
menyebarkan video tersebut dan sekiranya telah dimuat naik, MCMC
menasihatkan orang ramai untuk memadamkannya.

Perkongsian rakaman video mangsa tidak hanya mengguris perasaan keluarga
mangsa, malah melanggar prinsip dan etika asas dengan pengunaan grafik
berkaitan kecelakaan, kemalangan dan kekerasan yang boleh menimbulkan
kegelisahan penonton. Sebagai garis panduan berkenaan penciptaan kandungan, rujukan boleh dibuat melalui Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Setiap individu perlu mempertimbangkan sewajarnya untuk tidak menyebarkan video atau kandungan yang berkaitan dengan insiden tersebut.

Sebarang perkongsian yang melibatkan video atau kandungan melibatkan
mangsa serta pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di
bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *