RASA ASLI DESA DAN KONTEMPORARI DI ‘SELERA MAYA 2025’ BUFFET DINNER DI BALLROOM, HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

7 MAC – 28 MAC 2025
Kuala Lumpur, 20 Januari 2025 – Sempena meraikan kedatangan bulan Ramadan,
Hotel Maya Kuala Lumpur telah mengadakan sesi media review bagi pelancaran
promosi bufet Ramadan iaitu Selera Maya 2025. Majlis yang diadakan di Ballroom,
tingkat 2 itu telah dihadiri oleh seramai 200 tetamu yang terdiri daripada pengamal
media, selebriti, pempengaruh media sosial dan rakan-rakan perniagaan korporat.
Diantara selebriti yang turut hadir adalah Ifa Raziah, Azharina, Fazli Zainal dan Ayu
Damit.

Berkonsepkan rasa asli desa dan kontemporari, Selera Maya 2025 yang diketuai
oleh chef Mokhzani Mazmadi menawarkan lebih 100 juadah istimewa berbuka puasa
yang pastinya bakal memberikan kepuasan kepada semua pelanggan.
Bermula daripada pembuka selera, menu utama, aneka sup, aroma bakar, citarasa barat, menjelang raya, aneka bubur manis, sajian Thai, roti Malaysia dan hidangan penutup istimewa, semuanya tersedia di lima (5) buah kaunter dan tiga belas (13) warung dengan dekorasi menarik.

Diantara menu wajib yang menjadi tarikan dan pilihan pengunjung adalah Kambing
Bakar, aneka Ikan Bakar, Ketam Masak Kam Heong, Daging Tetel Asam Pedas
Melaka, Udang Masak Lemak Nenas, Telur Itik Masak Lemak Pucuk Paku, Sup
Kambing, Sup Tulang, Bubur Lambuk, Ketupat Palas dan Rendang Ayam, Spaghetti
Carbonara dan Marinara, Roti John, Kerabu Maggi, Apam Balik dan aneka bubur
manis seperti Bubur Jagung, Bubur Pengat Pisang, Bubur Nangka Keladi dan Bubur
Cha Cha.

Pada sesi media review tersebut, para tetamu telah dihiburkan oleh kugiran Alpha
Buskers yang mendendangkan sepuluh (10) buah lagu berkonsepkan Ramadan dan
Hari Raya. Mereka juga bakal membuat persembahan untuk menghiburkan tetamu
pada bufet berbuka puasa di bulan Mac yang akan datang.
“Kami ingin semua tetamu untuk berkumpul bersama keluarga dan berbuka puasa
dengan hidangan yang menyelerakan, oleh itu kami menawarkan bufet berbuka
puasa bermula dengan harga serendah RM98 nett bagi tempahan awal (early bird)
sehingga 28 Februari 2025”, kata Sharmini Moganasundram yang merupakan
Pengurus Besar di Hotel Maya Kuala Lumpur.
Bufet Ramadan Selera Maya 2025 akan bermula dari 7 Mac sehingga 28 Mac 2025
di Ballroom, Hotel Maya Kuala Lumpur. Harga dewasa adalah RM109 nett, warga
emas RM59 nett dan kanak-kanak RM49 nett untuk tempahan pada hari bekerja.
Bagi tempahan pada hujung minggu, harga dewasa adalah RM119 nett, warga emas
RM69 nett dan kanak-kanak RM59 nett. Semua harga adalah termasuk cukai.
Harga bagi tempahan awal (early bird) adalah RM98 nett (dewasa sahaja)
bermula sekarang sehingga 28 Februari 2025.
Bagi keselesaan para pengunjung, Ballroom Hotel Maya Kuala Lumpur boleh
memuatkan seramai 300 orang tetamu. Surau untuk kemudahan pelanggan terletak
di tingkat tiga (3).
Sebarang tempahan, boleh hubungi:
WhatsApp: +6012 507 0151
E-mail: sales.admin@hotelmaya.com.my atau events.admin@hotelmaya.com.my