RM 300 juta telah diperuntukkan dalam masa dua bulan untuk perkasakan komuniti India- Ramanan

SEBERANG JAYA , Mac 2 : Kerajaan Madani telah memperuntukkan RM 300 juta setakat Feb 2025 dalam tempoh dua bulan untuk memperkasakan ekonomi komuniti India . Lebih banyak lagi inisiatif sedang dirancang dan akan diumumkan sepanjang tahun ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata jumlah RM 300 juta itu merangkumi RM100 juta untuk Unit Transformasi sosioekonomi masyarakat India (MITRA ), RM 100 juta untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India TEKUN Nasional ( SPUMI ) dan RM 100 Brief-i ( Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i).
” Dalam tempoh dua bulan sahaja kita salurkan RM 300 juta. RM 100 juta melalui MITRA dibawah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menyalurkan RM 200juta melalui Tekun dan Bank Rakyat.
” Kami sedang mengusahakan beberapa lagi inisiatif baru untuk membantu memajukan taraf sosioekonomi ekonomi komuniti India. Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi dibawah Kementerian saya untuk tujuan tersebut.
” Perdana Menteri turut memahami suara masayarakat India. Dari masa ke semasa beliau akan menghubungi saya untuk mendapatkan perkembangan terkini. Malah sepertimana tahun lepas beliau juga akan mengadakan sessi pertemuan dengan pemimpin komuniti India.
” Kami juga akan mengerakkan sessi Penerangan inisiatif kerajaan bersama komuniti India melalui program Vanakam Madani ” , katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan sessi pertemuan Vanakam Madani bersama usahawan komuniti India Pulau Pinang anjuran Tekun Nasional di Hotel Light di sini hari ini.
Ramanan yang turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal komuniti berkata “Saya sentiasa memberi tumpuan utama terhadap inisiatif pemerkasaan ekonomi, khususnya untuk masyarakat India. Kekuatan ekonomi sahajalah yang mampu menjamin masa depan dan hala tuju masyarakat India di negara ini.
Perdana Menteri dan kerajaan Madani begitu komited untuk meneruskan usaha membantu masyarakat India supaya terus bergerak seiring dengan pembangunan negara.
Beliau berkata, kerajaan akan membantu komuniti India dalam meningkatkan struktur, budaya dan ekonomi mereka supaya tidak tercicir daripada arus pembangunan.
“Komitmen ini dapat dilihat dengan jelas melalui pelbagai inisiatif khusus yang telah dilaksanakan selama ini serta kesungguhan kami sepanjang masa “, kata Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh dan Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR.