RUANG RAMA & RABBANI ANJUR BUFET RAMADAN 2025 ISTIMEWA
Petaling Jaya, 12 Februari 2025 – Ruang Rama PJ Space Event (Ruang Rama) dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Rabbani & Friends dalam menganjurkan Bufet Ramadan 2025 (BR2025). Acara ini bertujuan membawa kemeriahan bulan suci Ramadan kepada semua pengunjung sambil menikmati pelbagai hidangan lazat dan penuh tradisi.
Perasmian BR2025 diserikan dengan kehadiran artis terkenal seperti Dato’ Aishah, Ayu Damit, serta Rabbani yang kini tampil dengan lima ahli. Persembahan istimewa mereka termasuk lagu popular Intifada dan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan oleh Rabbani, serta Janji Manismu dan Pulanglah oleh Aishah dan Ayu Damit, berjaya memukau hadirin.
Menurut wakil penganjur dari Ruang Rama, kerjasama dengan Rabbani & Friends bertujuan memberikan pengalaman Ramadan yang penuh bermakna kepada seluruh masyarakat. “Kami ingin menyediakan suasana berbuka puasa yang selesa dan penuh keceriaan untuk keluarga serta sahabat-handai, dengan hidangan yang diinspirasikan oleh budaya dan tradisi tempatan,” katanya.
Ustaz Azadan Rabbani pula menjelaskan bahawa Rabbani teruja untuk turut serta dalam acara ini. “Kami akan membuat persembahan setiap malam bermula 4 Ramadan hingga 27 Ramadan. Selain hiburan, pengunjung juga boleh menunaikan solat Maghrib dan tarawih di surau yang disediakan,” jelasnya.
BR2025 menawarkan pelbagai pilihan juadah berbuka yang memaparkan cita rasa tempatan dan antarabangsa, termasuk hidangan utama, pencuci mulut, serta minuman khas yang menyegarkan. Menariknya, setiap pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa pakej umrah dan pakej pelayaran StarCruise.
Maklumat Bufet Ramadan 2025
📅 Tarikh: 4 Mac – 26 Mac 2025
📍 Lokasi: Ruang Rama Event Space PJ, Wisma Daju 5, No. 21, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor
💰 Harga: RM89/pax (Dewasa), RM70/pax (Kanak-kanak)
🔥 Early Bird (12-25 Februari 2025): RM79/pax (Dewasa), RM60/pax (Kanak-kanak)
(Harga tidak termasuk 8% SST)
Tempahan & Maklumat Lanjut
📞 Hubungi: 012-2305783
🌐 Laman Rasmi: www.ruangrama.com
📲 Facebook: Ruang Rama PJ
📷 Instagram: @ruangramapj
Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama Rabbani & Friends dalam suasana yang penuh kemeriahan di Ruang Rama!




