Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat MBI 1444H/2023M
Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat MBI 1444H/2023M anjuran Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam MBI (PERKIP) dan Radio TV MBI telah diadakan pagi tadi bagi menyemarakkan lagi syiar Islam di Bandaraya Ipoh disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga MBI yang beragama Islam.
Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan sambutan tersebut yang turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato’ Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Encik Ahmad Marzuki b. Abdul Aziz,
Yang Dipertua PERKIP, Al Fadhil Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan, Johan Qari Tilawah Peringkat Antarabangsa Tahun 2000 & 2004 selaku Penceramah Jemputan, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.
Sambutan Nuzul Al-Quran yang diadakan sempena bulan Ramadan yang penuh berkat ini akan dapat mengisi pelbagai program bermanfaat kepada warga MBI yang beragama Islam.
Dalam ucapannya, Datuk Bandar menyeru umat Islam khususnya warga MBI agar bersungguh-sungguh dengan iltizam tinggi berusaha menguasai dan mempelajari, memahami, menghayati serta mengamalkan ilmu dan isi kandungan Al-Quran, kerana dengan kefahaman serta penghayatan terhadap Al-Quran sahaja, umat Islam khususnya warga MBI berupaya mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pembangunan modal insan dan juga pembangunan material secara seimbang, iaitu pembangunan rohani dan jasmani.
MBI melalui Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI akan terus memartabatkan syiar Islam melalui
pelbagai program keagamaan yang akan terus diperkasakan serta diteruskan pelbagai program keagamaan khususnya dalam Radio TV MBI seperti Soal Jawab Agama, Dari Mahkamah Syariah serta ceramah-ceramah dalam slot agama.
Semoga umat Islam khususnya warga MBI akan terus menjadikan Al-Quran sebagai sumber hidayah, petunjuk, rahmat serta panduan hidup kepada manusia.