Segmen Biar Betul! Tangkis Berita Palsu dan Fitnah

  • October 4, 2023
  • 1 min read
Segmen Biar Betul! Tangkis Berita Palsu dan Fitnah

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) akan menerbitkan segmen khas “Biar Betul!” bermula 1 Oktober 2023 sebagai usaha menangkis penyebaran berita palsu dan fitnah dalam kalangan masyarakat.

Segmen “Biar Betull” ini akan disiarkan setiap hari selepas slot Berita KANTA 744 di TV1 dan saluran berita RTM, serta diulang siar menerusi semua platform media sosial termasuk Radio RTM.

Inisiatif ini merupakan kerjasama portal Sebenarnya.my seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan
MyCheck My seliaan BERNAMA yang berperanan menangkis berita palsu dan fitnah melalui pelbagai platform media.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bertekad membanteras penyebaran
berita palsu serta menyeru rakyat Malaysia untuk sentiasa memastikan berita dan maklumat yang diterima adalah daripada sumber yang sahih.

KKD juga memohon kerjasama daripada semua pihak jika menerima sebarang maklumat yang meragukan, sila laporkan kepada:

Portal Aduan: https://aduan.skmm.gov.my/
Talian Aduan: 1800-188-030
Faksimil : 03-8688 1880
SKMM ADUAN [Butiran Aduan] SMS ke 15888
Whatsapp
: 016-220 6262
E-mel :aduanskmm@mcmc.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *