Kebanjiran Peniaga Warga Asing di Malaysia – Organisasi Nambikkai
KUALA LUMPUR, 5 OKT 2023 – Isu warga asing yang menetap di Malaysia tanpa dokumen sah berniaga serta menjaja berleluasa di serata Malaysia.
Presiden Kebangsaan Nambikkai, Dato’ Dr Kalai Vanar berkata, berikutan warga asing yang berani untuk merakam video yang tular dalam media sosial yang mencabar rakyat Malaysia dan mencabar kredibiliti kerajaan Malaysia Warga Bangla telah keluar pelopor mewakili bangsa mereka dengan mencabar kerajaan Malaysia yang kian lama beri muka kepada mereka dalam segala bidang kuasa yang begitu longgar sehingga banyak perniagaan menjual barang-barang carpet, perabot, barangan Elektronik, kedai-kedai telefon bimbit telah dengan leluasanya terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan juga di seluruh Malaysia.
“Kami percaya sungguh bahawa undang-undang negara kita memberi ruang untuk warga asing tinggal di sini hanya untuk berkerja sahaja dan bukannya untuk membuat perniagaan di serata tempat dengan mengunakan konsep Ali Baba.
“Segala perniagaan yang di pakai guna nama warga tempatan tetapi perniagaan dijalankan oleh warga asing.
Tambahan pula, warga tempatan dipercayai mendapat pendapatan yang lumayan daripada warga asing yang pakai guna namanya sebagai pemegang berdaftar SSM dan juga PBT.
Warga Asing Berniaga di Kuala Lumpur, kita dapati kebanyakan warga Bangla, Pakistan, Myanmar, India (Punjabi) dan Indonesia bertapak di lokasi-lokasi berikut:-
Warga Bangladesh sekitar Petaling Street,sekitar Pudu (menjalankan aktiviti percetakan secara besar-besaran. Mereka juga memonopoli kebanyakan gerai-gerai pasaraya di Pudu Plaza.
Kawasan Brickfields ramai dikerumuni dengan gerai-gerai makanan serta barangan runcit dan restoran (Jalan Padang Belia), Belakang YMCA, Brickfields, KL.
Kawasan sekitar Jln Masjid India menjadi sarang besar warga India Bangladesh menjalankan aktiviti menjual kain-kain dan pakaian.
Warga Pakistan sekitar Chow Kit & Jalan Ipoh menghala ke PWTC. Kawasan-kawasan disini telah dimonopoli dengan restoran-restoran makanan Pakistan.
Kedai-kedai menjual perabut (kepunya an warga Pakistan) juga tumbuh dengan begitu pesat.
Warga asing yang masuk ke Malaysia mengunakan Pas Sosial Visit tetapi menyalahgunakannya dengan bekerja di Malaysia di sekitar tempat-tempat yang tertera diatas.
Kebanyakan mereka tidak mempunyai (PLKS) Pas Lawatan Kerja Sementara dan kami percaya sungguh bahawa pihak Imigresen sedar dan tahu sesungguhnya perkara berikut.
“Kami percaya bahawa warga asing tidak boleh memulakan syarikat pemilikan tunggal atau perkongsian di Malaysia melainkan jika mereka merupakan penduduk tetap (PR) di Malaysia.
“Kami juga pasti bahawa warga asing yang mempunyai passport dan Visa Dagang sah sahaja dibenarkan berniaga di Malaysia.