ISU PIHAK KONTRAKTOR LUAR MENGENAKAN CAJ BAYARAN UNTUK PENURAPAN JALAN DI LALUAN KELUAR MASUK RUMAH (ENTRANCE).

  • October 4, 2023
  • 2 min read

Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menerima aduan daripada penduduk berkaitan isu pihak kontraktor luar mengenakan caj bayaran untuk penurapan jalan di laluan keluar masuk rumah.


Majlis ingin menjelaskan bahawa perkara tersebut melibatkan pihak kontraktor luar dan bukan melibatkan pihak kontraktor lantikan Majlis. Pihak Majlis juga ingin menegaskan bahawa tiada sebarang caj atau bayaran dikenakan kepada pemilik rumah bagi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh MBPJ.
Untuk makluman, sebelum kerja-kerja penurapan jalan dilaksanakan, satu notis pemakluman akan dikeluarkan oleh pihak Majlis dan akan diedarkan kepada semua penduduk yang terlibat.

Perkara ini jelas dinyatakan di dalam notis penurapan jalan yang dikeluarkan oleh Majlis diperkara 3 (3.1) yang menjelaskan “Dengan itu, tuan/puan adalah dinasihatkan supaya tidak memberi sebarang bayaran kepada sesiapapun yang mengambil kesempatan ini untuk menawarkan perkhidmatan mereka menurap jalan masuk ke rumah (house entrance) di hadapan rumah kediaman tuan/puan.

Untuk makluman jalan masuk ke rumah (house entrance) akan diturap secara percuma oleh Majlis.”


Namun sekiranya ada pihak yang tidak bertanggung jawab menggunakan nama Majlis untuk meminta sebarang bayaran terhadap kerja-kerja penurapan tersebut, Majlis menasihatkan agar penduduk/pemilik rumah untuk membuat laporan polis serta memaklumkan perkara ini kepada unit aduan MBPJ di talian hotline MBPJ 03-7954 2020 atau emelkan kepada aduan@mbpj.gov.my untuk tindakan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *