Siapakah yang bakal memegang “hero dan heroin” fit for action
Petaling Jaya, 7 Oktober 2022- Musim pertama FIT FOR ACTION bakal melabuh tirainya dengan minggu keenam dengan menampilkan 6 finalis iaitu Muaz Zabir, Raden, Marc Syahmie, Lisa, Amir Mirza dan Zooey.
FIT FOR ACTION sebuah program pertandingan realiti yang mencari pelakon versatil Malaysia melalui cabaran fizikal dan lakon layar. Hanya tinggal satu cabaran lakonan dan fizikal lagi, mampukah
para peserta menggalas ujian buat kali terakhir?
Para peserta perlu berentap buat kali terakhir di cabaran fizikal yang akan dinilai oleh juri cabaran fizikal Nana Al-Haleq. Seperti biasa dalam cabaran fizikal para peserta akan dinilai berdasarkan tahap kecerdasan mereka dalam melepasi halangan yang ditetapkan. B
Buat kali terakhir, para peserta harus
mengharungi 5 halangan iaitu Run Barrel, Tyre Drag, Palette Shuffle, Fireman Hole dan The Peak. Dengan pengalaman yang para finalis ada sepanjang 5 minggu sebelum ini, dapatkah mereka mengatasi cabaran fizikal pada minggu akhir ini?
Bagi cabaran lakonan minggu keenam ini, para peserta akan berlakon di bawah arahan pengarah Aziz M. Osman untuk genre aksi. Sudah tentu para peserta tidak sabar untuk menguji kekuatan fizikal yang mereka
perolehi daripada cabaran fizikal sepanjang 5 minggu untuk diterapkan ke cabaran lakonan dengan aksi yang intense.
Suasana pastinya lebih gamat apabila kehadiran pelakon hebat, Gambit Saifullah membuat penampilan cameo dalam cabaran lakonan akhir ini.
Bagi ingin menonton episod penuh drama pendek “Plan B” layari laman Youtube TV3Malaysia.
Siapakah yang bakal mengungguli takhta dan diiktiraf sebagai hero dan heroin FIT FOR ACTION ? Apakah keputusan dari juri tetap, Datuk Yusof Haslam dan juri jemputan minggu ini, Janna Nick? Jangan lupa saksikan episod akhir FIT FOR ACTION pada 8 Oktober hari Sabtu, pukul 10.00 malam.
FIT FOR ACTION ditaja oleh Dutch Lady sebagai penaja utama dan Centrum sebagai penaja bersama FIT FOR ACTION berjaya dihasilkan dengan kerjasama Motion Content Group. Gunakan tanda pagar
FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. Untuk mendapat info terkini
tentang program TV3 layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.