TAWARAN HEBAT PAKEJ PELANCONGAN DIJERAYAWARA JOM CUTI-CUTI MALAYSIA 2023

  • November 13, 2023
  • 2 min read
TAWARAN HEBAT PAKEJ PELANCONGAN DIJERAYAWARA JOM CUTI-CUTI MALAYSIA 2023

MELAKA, Program pameran dan jualan Jerayawara Jom Cuti￾Cuti Malaysia (JCCM) 2023 akan berlangsung selama tiga hari di AEON Mall Bandaraya Melaka bermula hari ini sehingga 12 November 2023, menawarkan lebih 100 pakej pelancongan pada tawaran diskaun antara 15 sehingga 50 peratus.

Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia (JCCM) 2023 yang digerakkan ke tujuh lokasi
sebelum ini telah berjaya merekodkan hasil jualan yang dianggarkan bernilai
RM 5,332,148.85 dengan sejumlah 24,262 pakej pelancongan terjual setakat ini.Antara pakej-pakej pelancongan yang disasarkan bakal menarik minat pengunjung di Melaka kali ini ialah

Pakej Pelancongan Bandar dan Tapak Warisan UNESCO, Pakej Glamping, Pakej Percutian ke Pulau Langkawi, Semporna, Redang, Rawa, Pangkor, tiket masuk ke ke Taman Tema, Zoo dan Menara Kuala Lumpur, Pakej Bulan Madu, Pakej Tasik Kenyir, Pakej Alam Semulajadi, Pakej Aktiviti Lasak, Pakej Cuti-Cuti Cikgu, Pakej Minat Khas

sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Tourism Malaysia serta Pakej Pelancongan Arkeo dan Geopark Lembah Lenggong serta yang terbaru Pakej Cuti-Cuti Keluarga.

Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, penganjuran
Jerayawara JCCM 2023 telah berjaya membantu penggiat industri pelancongan
tempatan berskala kecil dan sederhana meningkatkan hasil jualan pakej mereka selainmemartabatkan industri kraftangan tempatan. Jumlah pengunjung yang hadir adalah dianggarkan lebih 50,000 orang pengunjung yang memeriahkan program JCCM sepanjang tahun 2023 ini.

Selain daripada pameran dan jualan pakej pelancongan, JCCM 2023 turut menyajikan
persembahan kebudayaan, persembahan gambus, demonstrasi kraftangan anyaman
rotan dan seni pembuatan piuter, kuiz pelancongan, cabutan bertuah dan sesi
beramah mesra dengan pempengaruh kepada pengunjung yang hadir. Tourism
Malaysia bakal meneruskan Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia pada tahun 2024 dan
akan digerakkan ke 8 lokasi terpilih seluruh Malaysia.

Datuk Haji Zaidi Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni & Budaya Negeri
Melaka berkata, program Jerayawara JCCM ini adalah solusi utama dalam merancakkan
aktiviti pelancongan domestik dan ia adalah acara yang dinantikan rakyat Malaysia
untuk membuat pembelian pakej percutian domestik dengan harga yang sangat
berpatutan dan dijamin selamat.
“Saya berbangga kerana Melaka telah dipilih sebagai salah satu lokasi Jerayawara Jom
Cuti-Cuti Malaysia 2023 dan sempena Tahun Melawat Melaka 2024, saya menjemput
orang ramai untuk datang ke JCCM 2023, belilah pakej-pakej percutian yang
ditawarkan dan datanglah beramai-ramai ke Negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah.
Selain Melaka, Perak, Perlis dan Kelantan turut menganjurkan Tahun Melawat Perak,
Perlis dan Kelantan 2024,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *