Undi Sekarang! Undian atas talian Anugerah Telenovela Ke-9 telah dibuka!

  • May 28, 2023
  • 3 min read
Undi Sekarang! Undian atas talian Anugerah Telenovela Ke-9 telah dibuka!

Pengundian Anugerah Telenovela telah dibuka! Anugerah Telenovela kali ke-9 yang menghimpunkan sebanyak 46 calon karya adaptasi novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem bagi tayangan dari Januari hingga Disember 2022.

Sebanyak 40 anugerah bakal berentap dalam dua kategori iaitu Kategori Popular (100% Undian Online) dan Kategori Terbaik (100% Penjurian oleh Juri Profesional).

Kesemua karya adaptasi mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satelit atau stesen umum (Free To Air) dan pawagam, namun pencalonan bagi tayangan laman sosial tidak akan diterima buat masa ini.

Pengerusi Anugerah Telenovela, Dr Hasan Hamzah berkata, penganjuran kali ini dianggap usaha yang berterusan dan konsisten dalam merancakkan industri penerbitan dan seni kreatif hasil tempatan.

“Seiring dengan hasrat Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam memperkasa usaha memacu industri kreatif tempatan untuk menembusi pasaran global.

“Pemenang Kategori Telenovela Terbaik Anugerah Telenovela Ke-9 berpotensi dipertandingkan pada Anugerah Telenovela Antarabangsa (International Telenovela Award) yang akan berlangsung pada penghujung tahun ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM, Dr. Ahmad Ibrahim atau Mat London merupakan Pengerusi Panel Penjurian Profesional berkata, penilaian utama adalah asas naratif penceritaan yang berpaksikan konsep berlandaskan kekayaan budaya, spokesman dan amalan bangsa.

“Antara kriteria yang kita hendak jual atau diperkenalkan di luar negara ialah identiti bangsa Malaysia.

“Tentunya karya yang dipertandingkan tidak langsung mempunyai unsur ciplak atau peniruan jalan cerita daripada karya lain, juri profesional yang bertanggungjawab juga dipilih mengikut piawaian antarabangsa.

Kategori Popular (100% Undian Online)

  1. Novel Popular
  2. Telenovela Popular
  3. Pelakon Lelaki Telenovela Popular
  4. Pelakon Wanita Telenovela Popular
  5. Pasangan Serasi Popular

Kali ini, ATN9 memperkenalkan konsep baru dalam pengundian online iaitu ‘Mengundi Sambil Menderma’, hadiah untuk pengundi bertuah dan Shop@Telenovela untuk karyawa , artis, pengiat seni kreatif tempatan dalam memasarkan produk-produk mereka.

Terdapat pelbagai hadiah untuk peminat yang bertuah dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bulanan, bonanza dan hadiah khas.

Pengundian Atas Talian (Online) bagi Fasa 1 dibuka kepada peminat menerusi laman portal https://www.telenovela.my bermula 27 Mei 2023, bagi peminat untuk mengundi karya-karya adaptasi ‘Book2Screen’, iaitu novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem yang mereka rasakan layak untuk bergelar pemenang.

Berikut merupakan tarikh mengikut fasa:-

Fasa Pertama (Pencalonan Penuh 46 telenovela drama bersiri, telefilem dan filem) dilancar pada 27 Mei 2023

Fasa Kedua (Top 20) dilancarkan pada Julai 2023

Fasa Ketiga (Top 10) dilancarkan pada Ogos 2023

Fasa Keempat (Top 5) dilancarkan pada September 2023

dan Grand Finale pada Oktober 2023

Kategori Terbaik (100 % Penjurian Oleh Juri Profesional

  1. Novel
    1.1. Novel Terbaik
    1.2. Novelis Terbaik
    1.3. Penerbit Novel Terbaik
  2. Telenovela (Drama Bersiri)
    2.1. Telenovela Terbaik
    2.2. Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik
    2.3. Pelakon Wanita Telenovela Terbaik
    2.4. Pengarah Telenovela Terbaik
    2.5. Penulis Skrip Telenovela Terbaik
    2.6. Sinematorgrafi Telenovela Terbaik
    2.7. Penyunting Telenovela Terbaik
  3. Telefilem
    3.1. Telefilem Terbaik
    3.2. Pengarah Telefilem Terbaik
    3.3. Penulis Skrip Telefilem Terbaik
    3.4. Pelakon Lelaki Telefilem Terbaik
    3.5. Pelakon Wanita Telefilem Terbaik
    3.6. Pelakon Pembantu Telefilem Terbaik
  4. Filem
    4.1. Filem Terbaik
    4.2. Pengarah Filem Terbaik
    4.3. Penulis Skrip Filem Terbaik
    4.4. Pelakon Lelaki Filem Terbaik
    4.5. Pelakon Wanita Filem Terbaik
    4.6.Pelakon Pembantu Filem Terbaik
  5. Lagu Tema Terbaik
    5.1. Lagu Tema Terbaik

C. ANUGERAH KHAS

  1. Primadona Telenovela
  2. Pelakon Kanak-Kanak Pilihan
  3. Stesen Penyiar Telenovela Popular
  4. Stesen Penyiar Telenovela Terbanyak
  5. Budaya, Nilai Kemasyarakatan, Seni dan Estetika
  6. Pelakon Harapan Telenovela
  7. Teknikal Produksi Terbaik

D. ANUGERAH KEMUNCAK

  1. Bintang Telenovela
  2. Ratu Telenovela

Senarai penuh pencalonan Anugerah Telenovela Ke-9 boleh dirujuk melalui laman web rasmi Anugerah Telenovela: https://www.telenovela.my

Ini adalah salah satu usaha berterusan dan konsisten oleh YPBN yang sentiasa komited dalam mendokong hasrat Kerajaan Malaysia untuk merancakkan lagi industri penerbitan dan senikreatif negara dengan penghasilan karya-karya yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia.

Seterusnya memberikan impak besar terhadap pembangunan tamadun, sosial serta ekonomi
negara menurut acuan MALAYSIA MADANI yang diasaskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. – UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *