WOW DAH GAJI!BELI-BELAH SAMBIL BERHIBUR DENGAN PERSEMBAHAN HANGAT DARIPADA ZIANA ZAIN, HAQIEM RUSLI & ARIFF BAHRAN!
Petaling Jaya, 22 November 2023 – Rangkaian beli-belah serba inovatif, WOWSHOP kini kembali menawarkan tawaran yang hebat dan menarik menerusi WOW Dah Gaji! khas untuk rakyat Malaysia yang gemar berbelanja! Pelbagai produk-produk hebat boleh direbut kerana anda boleh dapatkan barangan
WOWSHOP sehingga 80% peratus diskaun.
Sempena hari gaji yang bakal tiba, penonton di rumah boleh membeli-belah sambil berhibur bersama WOW Dah Gaji! yang akan disiarkan pada 25 November 2023 (Sabtu) ini, pukul 9.00 malam di saluran TV3 atau strim melalui Tonton di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.
“Selain daripada pelbagai promosi menarik yang ditawarkan, penonton juga akan disajikan dengan persembahan mantap daripada artis legenda tanah air, Ziana Zain dan bintang Famili Duo 3, Haqiem Rusli
& Ariff Bahran bagi menambahkan lagi keterujaan anda ketika berbelanja”.
Kemeriahan berterusan dengan
penampilan barisan selebriti yang lain seperti Mark Adam, Sharifah Shahira dan anaknya, Odah.
Dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Fizi Ali, Chef Fikri dan Nadia Hasnan sebagai hos bersama, WOW Dah Gaji! kali ini menawarkan produk-produk hangat WOWSHOP yang sering menjadi tumpuan seperti FG Walet
Bird’s Nest Drink dengan campuran madu, Camel Active Backpack, Mind 16” Aroma Stand Fan, Flavettes Vitamin C, Eliza Microfibre Towel dan ITSU Massage Chair.
Jika anda masih belum mendaftar sebagai pengguna WOWSHOP, ini merupakan peluang anda kerana kepada pendaftar baru, anda akan menerima sebanyak RM5 pulangan tunai sah sehingga 25 November
2023 sahaja! Selain itu, kepada penonton yang berbelanja sehingga RM200 ke atas pada 25 November 2023 ini, anda juga akan diberikan pulangan tunai sebanyak RM50!
Apa tunggu lagi? Nantikan WOW Dah Gaji! yang akan disiarkan pada 25 November 2023 (Sabtu) ini, pada pukul 9.00 malam di saluran TV3 atau strim melalui Tonton di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari
Google Play atau App Store.
Pelanggan juga boleh membuat pembelian melalui panggilan, TikTok Live atau melayari laman sesawang iaitu www.wowshop.com.