Yayasan Prihatin Nasional bantu pelajar SPM/STPM tercicir, pendalaman, luar bandar peluang pendidikan tinggi

  • July 8, 2022
  • 2 min read
Yayasan Prihatin Nasional bantu pelajar SPM/STPM tercicir, pendalaman, luar bandar peluang pendidikan tinggi

KUALA SELANGOR, 8 Julai 2022 – Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah melancarkan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) Peringkat Parlimen Kuala Selangor.

Program ini merupakan inisiatif daripada YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam membantu pelajar SPM/STPM B40, pendalaman dan tercicir supaya mendapat peluang pendidikan tinggi.

Sasaran seramai 50,000 pelajar lepasan SPM tahun 2016-2021 yang merupakan anak-anak Keluarga Malaysia yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan dari segi kewangan seluruh negara.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh bin Omar.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Aziz, Menteri Kewangan Malaysia berkata, Jelajah Pendidikan ini mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat terutamanya ibu bapa serta pelajar yang tercicir dan kurang bernasib baik.

“Dengan adanya siri jelajah ini, insan berilmu dan berkemahiran dapat dilahirkan sekaligus membantu kepada pembangunan modal insan.

Menurut Tan Sri Noh Omar, seramai 428 pelajar lepasan SPM dan STPM telah diberikan peluang untuk menerima tawaran dari pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi, 120 pelajar yang layak diberikan Bantuan Awal Pengajian Sumbangan Yayasan Petronas dan Bantuan Cermin Mata Percuma Sumbangan Yayasan Hasanah.

“Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia telah memberi sumbangan yang besar kepada rakyat Malaysia khususnya bagi golongan pelajar tercicir dan kurang berkemampuan untuk diberikan peluang kedua melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Datuk Aizuddin Ghazali berkata, bersyukur kerana berpeluang untuk membantu serta memberikan peluang pendidikan kepada mereka (pelajar kurang kemampuan).

“JPKM yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri memberikan manfaat dengan menyediakan peluang kedua bagi anak-anak Keluarga Malaysia dalam melayakkan mereka di Institusi Pengajian Tinggi serta dapat mengubah destini masa mereka hadapan yang lebih cemerlang.

Turut hadir, Prof. Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Pengerusi Jawatankuasa Induk JPKM), Datuk Abdul Malik Abdullah, (Penasihat Ekonomi & Antarabangsa PRIHATIN), Puan Shariah Nelly Francis (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas), Encik Mohf Alias bin Awang (Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor), dan Tuan Haji Mohd Azuan bin Mohd Nawawi (Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kuala Selangor). – UTVMediaMsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *