Harga ayam RM7.99 sen, BPN capai MOU harga terendah
KUALA LUMPUR, 8 Julai 2022 – Demi mengurangkan harga ayam mentah di Malaysia, persetujuan Memorandum Persefahaman (MOU) telah diadakan oleh Barisan Penyatuan Nasional (BPN) yang menumpukan kepada golongan B40 dan M40.
Persetujuan ini dengan kerjasama bersama pembekal ayam Bestari Widuri Sdn Bhd dan Trizune Sdn Bhd dalam meminimumkan kos harga ayam.
Persetujuan ini menumpukan kepada B40 dan M40 adalah sebanyak RM 7.99 sekilo dan pembangunan pertanian di seluruh malaysia
Diantara persetujuan ekonomi yang dilakukan dengan kerjasama Trizune Sdn Bhd adalah teknologi pembuatan gandum, pertanian dan penternakan ikan menggunakan konsep greenhouse @warehouse.
Dato’ Dr Selvaraja, Pengasas Trizune Sdn Bhd berkata, projek ini menggunakan sistem hidpronik dari teknologi Jerman dan di praktiskan di India dan Afrika Selatan.
“Teknik ini sesuai untuk semua jenis tanah, jadi untuk percubaan pertama kami adakan di Melaka.
Selain itu, kami juga mengadakan program keusahawanan ‘Mentor, Menti, Kongsi Rezeki’ dalam melahirkan usahawan dibawah bimbingan kami sama ada dalam pertanian, perternakan dalam membantu mereka keluar dari kemiskinan.
“Projek keusahawanan ini menggunakan teknik model ‘training purpose’ dan ‘monitoring system’.
Teoh Kim Chuan, pembekal ayam dari Bestari Widuri Sdn Bhd, bersetuju untuk kerjasama bersama BPN dengan harga yang ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia terutama dari golongan B40 dan M40.
“Harga istimewa akan diberikan dan kami akan meletakkan ayam di pasaraya-pasaraya yang terpilih.
“Sebelum itu, setiap pemohon harus menghantar maklumat data yang mengesahkan mereka adalah golongan B40 dan M40 sebelum layak menerima harga istimewa tersebut.
Selain itu, pihak BPN juga ada menyediakan bantuan kepada peminjam PTPTN yang mempunyai masalah hutang pinjaman, senarai hitam Amanah Ikhtiar Malaysia & Tekun Nasional, dan Khairat Kematian.
Untuk maklumat lanjut www.tryzone.com.my.