Ziana Zain, Ziela Jalil dan 3 artis terkenal guna khidmat Rawatan Bariatrik, hasil kesihatan lebih ‘mantap’
KUALA LUMPUR – Ramai orang di Malaysia tidak tahu bahawa badan yang sihat bukanlah mengikut berat badan, namun mengikut berat ‘lemak’ yang terkandung dalam badan.
Lemak dalam badan sangat bahaya jika dibiarkan begitu lama dan menyebabkan penyakit yang lain mengundang sehingga menjejaskan aktiviti kehidupan seharian.
Lemak ini boleh dibuang dengan melakukan ‘Pembedahan Bariatrik’ Pembedahan Bariatrik yang dapat membantu para pesakit untuk mengurangkan berat badan tetapi membantu merawat masalah kencing manis dan darah tinggi disamping membantu masalah tidur yang teruk, kemandulan, asma, serangan panik, kemurungan, sakit lutut, sakit belakang, dan pelbagai lagi.
Pakar Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher telah diiktiraf sebagai salah seorang pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pacific pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global baru-baru ini di Kuala Lumpur.
Dr Mustafa yang merupakan Pakar Bedah GI dan Bariatrik telah melakukan lebih daripada 2000 pembedahan Bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu.
Diantara rakan Selebriti-Selebriti yang telah menerima rawatan ini adalah Datuk Khaty, Zarina Zainuddin, Ziana Zain, Liza Abdullah. Mina, Dato Zila Jalil.
Pesakit Bariatrik Dr Mustafa juga telah mengambil inisiatif menubuhkan kumpulan sokongan mereka sendiri yang diketuai oleh Chef Bob@Alfie Sabri .
Chef Bob sebelum ini telah berada di atas kerusi roda selama 3 tahun dan menggunakan keluli untuk menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang sangat teruk. Chef Bob telah berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 130kg dalam tempoh setahun selepas pembedahan dan kini menjalani kehidupan normal semula.
Pembedahan Bariatrik telah membantu menyelamatkan ramai pesakit dan ramai pesakit dalam dan di luar negara yang datang berjumpa Dr Mustafa untuk mendapatkan nasihat beliau demi kesihatan yang lebih baik.
Bagi Dr Mustafa misi beliau ialah untuk melihat lebih ramai orang menjalani kehidupan yang sihat dan beliau ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa obesiti merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika tidak dirawat namun ia tetap boleh dirawat.
Orang ramai boleh mengikuti Dr Mustafa melalui Instagram beliau @dr.mustafamt atau untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Rafeah di talian +60162330678