Fourtwnty – Nalar 2023 The Album Tour Buat Peminat Di Singapura
Saat lagu-lagu seperti Aku Tenang, Fana Merah Jambu, Kita Pasti Tua dan Zona
Nyaman masih menjadi peneman penggemar, Fourtwnty siap memperkenalkan album
ketiga.
Nalar, begitu judul album ketiga yang diisi 10 buah lagu. Maksudnya sederhana ; sentiasa, selalu, namun pengisian Nalar membawa mesej cukup besar.
Mengangkat mesej atau tema mengenai penderitaan seseorang hingga persoalan
mental, Nalar tidak hanya mahu diperdengarkan lewat telinga dan mata di medium kaca televisyen juga telefon pintar tetapi Fourtwnty dengan bangga memperkenalkan album ini secara berdepan.
Fourtwnty – Nalar 2023 The Album Tour begitu dengan bangga diperkenalkan siri jelajah
yang menyaksikan Ari Lesmana, Asep Nurohman, Andika Dwi Putra Arman, Primanda Ridho dan Ryan Maulana siap menyapa penggemar di beberapa kota atau negeri terpilih.
Lebih mengujakan Fourtwnty – Nalar 2023 The Album Tour menyaksikan kugiran yang
dikenal dengan genre pop folk dan lirik puitis ini buat pertama kali muncul di Singapura
sempena rangka promosi untuk album ini.
Nalar 2023 The Album Tour terlebih dahulu menyapa penggemarnya di Capitol Theatre,
Singapura pada 7 Oktober 2023.
Fourtwnty – Nalar 2023 The Album Tour akan mengubati kerinduan peminat di Singapura terhadap kemunculan grup yang senantiasa di tunggu-tunggu ramai ini.
Fourtwnty – Nalar 2023 The Album Tour
7 October 2023 – Capitol Theatre, Singapura
Tiket-tiket berikut akan mula dijual
Diamond (Standing) – SGD 148
Platinum (Level 3) (Seated) – SGD 128
Platinum (Level 4) (Seated) – SGD 118
“Melakukan siri jelajah di beberapa kota di Malaysia adalah sebuah rencana yang luar
biasa mampu dilaksana Fourtwnty. Tidak kita sangka mimpi itu bisa dilaksana lewat
album ketiga kami dan akhirnya kami dapat bertemu mata dengan peminat di Singapura.
“Sampai jumpa nanti, Nalar tidak sabar untuk diraikan bersama-sama,” ujar Ari Lesmana.
Larasuka telah menjadi senjata pertama dari Nalar yang terus membuai emosi dan
melekat di jiwa. Selain Nalar, album yang digarap bersama penerbit sekian lama yang
bekerja dengan Fourtwnty, Andi, juga diisi dengan satu-satunya lagu bahasa Inggeris
iaitu High.