SEREMBAN: Seramai 14 Bintang Muda Malaysia yang mencipta pencapaian membanggakan di peringkat kebangsaan, Asia dan Dunia bakal menerima Malaysia Young Star Award 2026 (MY STAR AWARD) dalam majlis penganugerahan yang dijadualkan berlangsung pada bulan November ini di Grandballroom Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.
Penganjuran MY STAR AWARD 2026 oleh Pertubuhan Inovasi Cemerlang dengan kerjasama daripada JC Scope Marketing di Negeri Sembilan sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan diharap menjadi platform berterusan untuk mengangkat pencapaian anak muda Malaysia dan menyemarakkan semangat generasi baharu untuk terus mengharumkan nama negara.

Penerima anugerah MY STAR AWARD 2026 dari Semenanjung Malaysia adalah terdiri daripada pemegang rekod dunia, rekod Asia serta anak muda yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang.
Penganjuran julung kali MY STAR AWARD 2026 turut memperkenalkan MYSTARPEDIA, buku biografi Edisi Pertama dalam negara yang mendokumentasikan perjalanan dan pencapaian 14 penerima anugerah MY STAR AWARD 2026 , sekali gus menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda negara.

1.NESHZMEN A/L AMUTHA SELVAM
JOHOR
2.PRETTISHA A/P SHANMUGAM
KEDAH
3.THEVISSHA NAIDU A/P VIGNESVARAN
NEGERI SEMBILAN
4.MUHAMMAD AARIF RAYYAN BIN ABDUL RASHID
JOHOR
5.DAKSHMELAN A/L KUMARRESHAAN
SELANGOR
6.VARSHNI A/P MURUGAN
JOHOR
7.JANANYA ANDREA THANARAJ
NEGERI SEMBILAN
8.MUHAMMAD AARIZ RAYYAN BIN ABDUL RASHID
JOHOR
9.SALAI SAADHANA SHRRI
NEGERI SEMBILAN
10.THERAKSHARRA A/P RAGUNATHAN
JOHOR
11.NITHEESH A/L SASIKUMAR
NEGERI SEMBILAN
12.MUHAMMAD SHIRAAZ BIN SHARIMIZAN
JOHOR
13.PAVEENASRI A/P GUNALAN
JOHOR
14.LUKHKHESH A/L MAINTHAN
JOHOR
Pengasas MY STAR AWARD, YBrs. Tuan G. Jaichandaran Gopala, berkata inisiatif berkenaan bertujuan mengiktiraf kecemerlangan anak muda serta menghargai ekosistem sokongan di sekeliling mereka, khususnya ibu bapa dan keluarga.
Menariknya, MY STAR AWARD turut memberi penghargaan terhadap peranan ibu bapa yang menjadi tonggak penting dalam membimbing, memberi sokongan, dorongan dan membentuk anak-anak sehingga mencapai kejayaan. Pengiktirafan ini mencerminkan bahawa setiap pencapaian anak turut lahir daripada pengorbanan serta sokongan keluarga.
MY STAR AWARD 2026 — Mengiktiraf Pencapaian, Menghargai Sokongan, Mendokumentasikan Legasi.



