211 Event Empire Satukan Bintang Malaysia & Acheh, Micky Klaxson Jadi Tumpuan

  • September 2, 2025
  • 3 min read
211 Event Empire Satukan Bintang Malaysia & Acheh, Micky Klaxson Jadi Tumpuan

Kuala Lumpur – Mini showcase anjuran 211 Event Empire pada 30 Ogos 2025 lepas mendapat sambutan luarbiasa apabila menyatukan artis popular tanah air dan penyanyi Acheh yang sedang meningkat naik selain kehadiran rombongan khas dari Acheh, Indonesia.

Sidang media sejurus selepas Mini konsert

Antara yang mencuri perhatian pada acara tersebut ialah penyanyi yang digelar “klon Saleem”, Micky Klaxson, yang semakin mendapat tempat di hati peminat.

Minishowcase yang berlangsung di Idea Hotel Kuala Lumpurl dihadiri secara Meet and Greet oleh peminat Malaysia Acheh juga secara LIVE streaming di platform Tik tok dan Youtube.

Acara yang sederhana penuh eksklusif itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Marsila Hassan mewakili 211 Event Empire, diikuti kata-kata semangat daripada Cik Intan Madura, Ketua Pegawai Operasi 211 Event Empire. Turut memberi ucapan ialah Bapak Iqbal dari Acheh, yang hadir bersama rombongan Yang Terhormat Tengku Irsyadi dan Ustaz Fauzan Kami.

Showcase berkenaan menampilkan gabungan artis Malaysia dan Acheh, antaranya Syamel Amzah, Ameerais Forteen, John Bear Si Nakal serta kumpulan The Potais. Setiap persembahan menerima sorakan hangat daripada para hadirin yang memenuhi ruang acara.

Kemunculan Micky Klaxson menjadi detik paling dinantikan, dengan vokalnya yang mengingatkan ramai kepada Allahyarham Saleem, bekas vokalis kumpulan Iklim. Walaupun sering dilabel sebagai “klon”, Micky menegaskan beliau mahu membina identiti sendiri dan berhasrat menjayakan sebuah konsert mega pada masa depan.

Terdahulu, Mickey yang mempunyai lebih 94.5 juta pengikut di TikTok turut menarik perhatian ramai apabila menyanyikan lagu-lagu Saleem ketika menjayakan busking di ibu kota, baru-baru ini. Bukan itu sahaja, penyanyi berimej rockers itu juga sempat menziarahi kubur Allahyarham Saleem ketika tiba di ibu negara, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ada yang memuji tindakannya sebagai tanda hormat dan penghargaan kepada penyanyi legenda tersebut.

Persembahan mantap mendapat pujian penonton

Selain showcase, Micky dan Syamel Amzah turut menyertai satu Program Lawatan ke Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Munawwarah (MATQAM) pada 27 Ogos 2025, anjuran bersama 211 Event Empire. Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan perhimpunan di markas penganjur sebelum rombongan bertolak ke MATQAM. Ketibaan mereka disambut mesra, disusuli ucapan alu-aluan oleh Mudir MATQAM.

Laungan azan oleh Micky Klaxson

Acara turut diserikan dengan sesi live artis di MATQAM, jamuan makan bersama pelajar, serta sesi bergambar sebelum bersurai. Program tersebut menjadi platform penting bagi menghubungkan artis dengan komuniti setempat serta menggalakkan nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda.

“Saya anggap gelaran klon ini sebagai penghargaan, bukan beban. Mini showcase bersama artis hebat ini membuktikan saya mampu berdiri seiring mereka. Impian saya kini ialah membawa muzik saya ke pentas lebih besar,” katanya penuh yakin.

Bagi Micky, pengalaman beraksi di pentas showcase dan menyertai aktiviti kemasyarakatan memberi nilai tambah yang besar dalam perjalanan seninya. Sokongan padu penonton, rakan artis serta masyarakat membakar lagi semangatnya untuk melangkah lebih jauh.

Peminat tidak melepaskan peluang bergambar

Dengan platform yang disediakan 211 Event Empire serta sokongan peminat, tidak mustahil cita-cita Micky untuk mengadakan konsert mega bakal direalisasikan dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *