Hijjaz, UNIC & Rabbani Kembali Bersatu – Konsert Cinta Rasul Gegarkan Gong Badak Oktober Ini.

  • September 3, 2025
  • 2 min read
Hijjaz, UNIC & Rabbani Kembali Bersatu – Konsert Cinta Rasul Gegarkan Gong Badak Oktober Ini.

Kuala Nerus, 3 September 2025 – Nostalgia nasyid bakal kembali mewarnai malam di Terengganu apabila Konsert Cinta Rasul dibawakan khas oleh 10 Pro Event Management, menampilkan tiga nama besar yang pernah mewarnai era kegemilangan nasyid tanah air – Hijjaz, UNIC dan Rabbani.

Bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak pada 3 Oktober 2025, jam 8.45 malam, konsert ini menjanjikan bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah pengalaman penuh keinsafan dan kekeluargaan.

Hijjaz dijangka membawakan alunan nasyid yang sarat dengan cinta Rasulullah SAW, sementara UNIC menambah sentuhan kontemporari yang dekat di hati anak muda.

Lebih istimewa, Rabbani bakal tampil dengan penampilan khas, menyatukan dua generasi peminat nasyid dalam satu malam bersejarah.

Tidak hanya muzik, Letups Fest Food Festival turut dianjurkan seiring konsert ini, menghidangkan pelbagai juadah daripada vendor tempatan, menu viral hingga ke citarasa tradisi. Dari sate bakar hingga minuman fusion, ia bakal menjadi tarikan besar untuk seisi keluarga.

Penonton juga berpeluang membawa pulang hadiah lumayan melalui cabutan bertuah, termasuk sebuah kereta, motosikal, goldbar eksklusif serta pelbagai hadiah menarik lain.

Menurut Pengarah Urusan 10 Pro Event Management, Tuan Kamal, sebahagian hasil kutipan akan disalurkan kepada Tabung Darul Iman bagi membantu pesakit kronik di sekitar Terengganu.

“Konsert ini bukan sahaja berkonsep hiburan berjiwa, tetapi juga membawa misi kemanusiaan. Kami percaya muzik dan komuniti boleh menjadi jambatan untuk kebaikan yang lebih besar,” katanya.

Konsert Cinta Rasul dilihat sebagai platform penyatuan generasi – menghidupkan semula memori kegemilangan nasyid sambil menyemai cinta kepada Rasulullah SAW dalam jiwa masyarakat.

Maklumat lanjut & pembelian tiket:
📧 info@10proevent.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *