2,226 kes Covid-19 baharu, 8 kematian

  • September 9, 2022
  • 1 min read
2,226 kes Covid-19 baharu, 8 kematian

Menurut data laman sesawang CovidNow, Malaysia merekodkan 2,226 kes baharu Covid-19 pada 8 September (Khamis). Terdapat 27,400 kes aktif, dengan 95.1% sedang menjalani kuarantin di rumah, 0.1% dirawat di pusat kuarantin, dan 4.7% menerima rawatan di hospital.

KKM juga melaporkan 8 kematian berkaitan Covid, dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). 426 pesakit Covid telah dimasukkan ke hospital semalam, dengan penggunaan katil keseluruhan negara kini pada tahap 71.7%. Kadar penggunaan ICU kini berada pada 60.3% iaitu sebanyak 64 kes sedang dirawat dengan 38 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, terdapat 1,894 kes sembuh dilaporkan setakat semalam menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan sebanyak 4,735,993 kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *