24 PASUKAN PENGAMAL MEDIA SERTAI PERTANDINGAN BOLING PERSAHABATAN ANJURAN ANGKASA
Seramai 72 peserta yang mewakili 24 pasukan daripada pelbagai agensi media telah menyertai Pertandingan Boling Persahabatan ANGKASA dan Media 2024 di Sunway Megalanes, Petaling Jaya pada 21 Januari 2024.
Pertandingan yang menjadi acara tahunan ANGKASA itu diadakan untuk menghargai peranan signifikan disumbangkan oleh rakan media dalam meningkatkan kesedaran umum mengenai usaha dan inisiatif oleh gerakan koperasi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.
Antara rakan media yang terlibat adalah BERNAMA, TV3, Sin Chew Media, Utusan Malaysia, The Malaysia Reserve, New Straits Times, Berita Harian, Astro Awani dan Al Hijrah Media Corporation.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, pihaknya sentiasa menghargai usaha media yang menjadi perantara ANGKASA dengan masyarakat.
Katanya, ANGKASA berharap hubungan dan kerjasama ini akan kekal berterusan dan diperkukuhkan pada masa akan datang melalui aktiviti bersama dalam usaha menyebar luas maklumat mengenai koperasi sebagai wadah perjuangan ekonomi yang mapan kepada masyarakat dan negara.
Pertandingan tersebut menawarkan hadiah wang tunai dan trofi untuk pemenang tempat pertama hingga ke-10 bagi kategori jatuhan pin terbanyak dan wang tunai untuk pemain terbaik (lelaki dan perempuan).
Pasukan daripada Astro Awani muncul sebagai johan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,800.00 dan trofi manakala naib johan adalah pasukan Harian Metro yang menerima wang tunai RM1500.00 dan trofi. Tempat ketiga dengan wang tunai RM1,200.00 dan trofi pula dimenangi oleh pasukan TV3.
Selain itu, pelbagai hadiah cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM50,000.00 telah diberikan antaranya adalah barangan elektrik, baucar penginapan oleh MyANGKASA Akademi dan Resort Langkawi, baucar RM500.00 oleh MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dan kredit tunai e-dompet MyISCO-Mcash.
MAAB turut menyalurkan baucar rebat bernilai RM500.00 untuk setiap peserta yang boleh digunakan untuk produk MyWasiat (rebat RM150.00) dan produk MyHibah / MyAset Pilihan Pasangan (rebat RM350.00).
Hadir sama dalam program itu ialah Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Timbalan Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Shafie Idris, Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Kamaruddin Mape, Timbalan Pengarang Kumpulan, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Azhari Muhidin, Timbalan Ketua Pengarang Berita BERNAMA, Encik Arul Rajoo Durar Raj dan Pengurus Kanan (Tugas-Tugas Khas) Kumpulan Media Karangkraf, Encik Hashim Anang.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Penasihat Korporat (Kewangan), Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin, Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Pembangunan Kewangan ANGKASA, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
Pertandingan tersebut turut menerima tajaan subsidiari, syarikat bersekutu dan koperasi naungan ANGKASA iaitu MyANGKASA Holdings Sdn Bhd, MAAB,MyANGKASA Bina Sdn. Bhd., MyISCO Sdn. Bhd., Koperasi Usahawan Industri Asas Tani (KOIAT), Koperasi Pengilang Produk F&B Berhad, Koperasi Sukarelawan Rakyat SelangorBerhad (KRiSS), Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad, One Akasia Solution Sdn. Bhd. Panjang Langkah Sdn. Bhd. dan Cameron Valley.