Pelancaran lagu Wahdinii (Berilah Petunjuk) Wahdinii adalah pengeluar baju “Muslim Wear”.
DAMANSARA, 22 JANUARI 2024 – Wahdinii merupakan sebuah lagu baru hasil ciptaan penerbit dan komposer tidak asing lagi iaitu Adi Priyo (Adi 6ixth Sense). Lagu ini berjudul Wahdinii. Ia bermaksud Berilah Petunjuk. Salah Satu petunjuk yang mungkin dimaksudkan ialah berkaitan baju melayu lelaki, istimewa designnya terletak di bahagian tangan kerana dicipta 3 suku dari yang biasa. ini kemudahan sipemakai untuk mengambil air sembahyang.
Berbalik berkenaan karya ciptakan lagu Adi Priyo sebelum ini pernah merangkul beberapa anugerah menerusi lagu Muara Hati nyanyian Dato Seri Siti Nurhaliza ft Hafiz Suip dan Ku Relakan Jiwa oleh Hazama.Selain itu,lagu-lagu hits dari 6ixthsense seperti Khatimah Cinta, Tanpa dan Kisah Hati nyanyian Datin Alyah juga merupakan hasil ciptaan beliau.
Wahdinii merupakan pengeluar baju “muslim wear” bersama rakan urusniaga bersama iaitu Puan Emma atau lebih dikenali sebagai Emma Rockers mendapat idea untuk menghasilkan sebuah lagu tema Wahdinii ini.Puan Faridah juga melaksanakan hasrat Arwah suaminya yang tidak kesampaian sebelum ini.
Adi 6ixthsense dipilih disebabkan kepakaran beliau dari segi penciptaan konsep lagu.Lagu ini agak berlainan dari lagu-lagu sebelumnya yang lebih berkonsepkan balada, rock alternative, pop tapi kali ini melodi yang sangat mudah diikuti di susunkan seperti irama padang pasir.
Hasil perbincangan semua pihak yang di terajui En Zell Sazalie selaku komunikasi strategik,sebulat suara untuk mengambil penyanyi Azmi Saat Caliph Buskers sebagai featuring bersama Adi Priyo untuk lagu ini.
Wahdinii mempunyai maksud dalam bahasa Melayu iaitu Berilah Petunjuk dimana semua manusia di muka bumi ini memerlukan Petunjuk untuk mencapai kejayaan.
Alhamdulillah lagu ini telah dapat di siapkan dan sekaligus Puan Faridah dan Puan Emma terus terpikat untuk menaja Adi & Azmi untuk keluaran Muslim Wear Wahdinii keluaran 2024 ini.